Saturday, January 29, 2011

Terkini : Spefikasi Terkini PSP2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




  • CPU: ARM® Cortex™-A9 core (4 core)
  • GPU: SGX543MP4+
  • External Dimensions: Approx. 182.0 x 18.6 x 83.5mm (width x height x depth) (tentative, excludes largest projection)
  • Rear touch pad: Multi touch pad (capacitive type)
  • Cameras: Front camera, Rear camera
  • Sound: Built-in stereo speakers, Built-in microphone
  • Sensors: Six-axis motion sensing system (three-axis gyroscope, three-axis accelerometer), Three-axis electronic compass
  • Location: Built-in GPS, Wi-Fi location service support
  • Keys / Switches: PS button, Power button, Directional buttons (Up/Down/Right/Left), Action buttons (Triangle, Circle, Cross, Square), Shoulder buttons (Right/Left), Right stick, Left stick, START button, SELECT button, Volume buttons
  • Wireless communications: Mobile network connectivity (3G), IEEE 802.11b/g/n (n = 1x1)(Wi-Fi) (Infrastructure mode/Ad-hoc mode), Bluetooth® 2.1+EDR (A2DP/AVRCP/HSP)

Wednesday, January 26, 2011

PSP2 aka NGP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Apa yang anda lihat sekarang bukanlah rekaan imaginasi untuk PSP2, tapi inilah dia PSP2 yang sebenar. Baru sahaja Sony mendedahkan PSP2 ini atau mereka panggil dengan nama kodnya yang tersendiri iaitu Next Generation Portable(NGP). Rupa lebih kurang macam PSP biasa namun dia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

PSP2 ini mempunyai ciri-ciri seperti skrin sesentuh OLED beresolusi tinggi di mana saiznya lebih besar daripada PSP yang biasa,kawalan "tilt-sensitive SIXAXIS",memiliki dua analog,memiliki kamera depan dan belakang.

Sony juga ada mengatakan bahawa PSP2 ini sama hebat dengan PS3. Bermakna kalau anda memiliki sebuah PSP2 seolah-olah PS3 berada di tangan anda. PSP2 ini mempunyai binaan dalaman WiFi dan 3G wayarles serta tidak lagi menggunakan UMD.

PSP2 ini akan dikeluarkan pada musim cuti di Jepun. Negara-negara lain tidak di umumkan lagi bila akan di keluarkan di sana.

Hardware:

* CPU: Akan di beritahu
* RAM:
Akan di beritahu
* Simpanan: "media baru" untuk game, Flash memori
* Paparan: 5 inci OLED dengan resolusi 960 x 544
* Wireless: WiFi, 3G, GPS
* Input: Touchscreen, sesentuh sensetif panel belakang, D-pad, butang L / R ,
butang standard PlayStation

Uncharted dalam PSP2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Apakah yang anda lihat sekarang adalah PSP2 yang baru sahaja di perkenalkan kepada dunia. Kalau ada PSP2 mesti ada permainan video dia kan...? Jadi mereka memulakannya dengan Uncharted.



Permainan video lain yang didedahkan setakat ini di PlayStation Meeting 2011 di Tokyo adalah Killzone, WipeOut, Resistance, LittleBigPlanet, Hustle Kings dan Hot Shots Golf.

Namun tidak jelas lagi sama ada permainan video yang dikeluarkan ini akan diambil terus dari konsol permainan yang sedia ada iaitu PS3 ataupun ia bakal dikeluarkan dengan tajuk baru. Apa-apa pun bagi mereka yang kaki permainan video, ini merupakan berita gembira buat anda.

Sumber

Tuesday, January 25, 2011

Nintendo 3DS:Setiap Langkah Anda Berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Apa yang mereka pegang dalam gambar di atas ? Itulah Nintendo 3DS. Dan apa pula kaitannya dengan tajuk kita ni ? Ya di sini saya akan jelaskan. Sebelum itu mari kita menilai sendiri ciri-ciri apa yang ada pada seorang pemain permainan video. Golongan ini sering dikaitankan dengan berat badan yang melebihi BMI yang unggul ini kerana disebabkan mereka kurang bersenam. Apa yang gambar dia atas cuba sampaikan ialah jika anda bermain Nintendo 3DS ini ia akan mampu membuatkan anda bersenam dan seterusnya mampu memiliki tubuh badan yang lawa seperti model di atas. Sama juga halnya seperti Wii Fit dan Wii Sports di mana mereka boleh bermain sambil bersenam.

Konsol Nintendo 3DS ini akan dilengkapi dengan pedometer iaitu sejenis alat yang mampu mengira bilangan langkah anda ketika berjalan,berlari, dan semestinya bukan merangkak. Menurut Nintendo,3DS ini mampu mengira bilangan langkah anda dan seterusnya menukarkan bilangan langkah anda kepada Game Coin.

Jumlah langkah setiap hari direkodkan dan dikesan , serta Game Coin ini boleh disimpan dan kemudian digunakan dalam permainan yang menyokong ini wang virtual.

Setakat ini, tidak ada info yang lebih daripada itu, tapi dengan Game Coin ini anda boleh merasakan bahawa setiap kali anda melangkah anda akan menghasilkan wang walaupun ia cuma wang virtual. Kan elok kalau wang ini boleh di tukarkan ke wang sebenar...

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.17)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

17.HTC Legend



HTC Legend ini merupakan sambungan daripada legasi HTC Hero. Selama berbulan-bulan HTC Hero menjadi kegemaran di kalangan pengguna Android. Namun dengan ketibaaan HTC Legend dan Desire ia akan merubah segalanya dalam dunia Android. Legend dan Desire di keluarkan pada bulan April tahun lepas.

Di lengkapi dengan skrin OLED beresolusi tinggi, serta versi Android yang terbaru pada masa itu iaitu Eclair, HTC jelas ingin menunjukkan bahawa Legend merupakan yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Chassis yang diperbuat daripada aluminium mampu menyerlahkan kilauan Legend itu sendiri walaupun reka bentuknya ada kesamaan dengan MacBook keluaran Apple.

Apa yang menyedihkan ialah dengan pelancaran yang serentak dengan HTC Desire, Legend seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya. Ditambah lagi dengan kekurangan live wallpaper dan tidak memperbaharui versi android kepada yang terbaru pada waktu itu iaitu Android 2.2 aka Froyo(pada waktu penulisan ini di buat Legend boleh menggunakan Android 2.3) merupakan faktor kenapa ia berada di tannga ke 17 ini.

Namun ia merupakan telefon yang anda boleh banggakan dan menjadik pilihan dalam pembelian smartphone.

Kesimpulan: Legend tidaklah sehebat Desire, namun reka bentuknya serta chassisnya yang di perbuat daripada aluminium boleh membuatkan orang lain terpukau. Walaupun memiliki prosesor yang lambat namun ia tidak melewatkan pemprosesan dalam HTC Legend ini.

Sumber...


Monday, January 24, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.18)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

18.Samsung Wave


Samsung telah membuat satu keputusan yang agak berani dengan mengeluarkan OS tersendiri iaitu BADA, dan dengan Samsung Wave ini yang dilengkapi dengan teknologi terkini, BADA di perkenalkan kepada dunia.

Samsung Wave ini bukanlah telefon Samsung yang biasa anda jumpa di mana-mana kerana ia dilengkapi dengan rakaman video berdefinisi tinggi(HD), 1Ghz pemprosesan Hummingbird buatan Samsung sendiri, chasis yang nipis, dan juga skrin yang mantap iaitu Super Amoled yang mampu memaparkan skrin yang lawa dan mampu menjimatkan bateri.

Bagi mereka yang meggemari telefon Samsung tentu anda tidak kekok dengan UI TouchWiz yang sememangnya popular di gunakan di dalam keluaran telefon Samsung. Untuk Samsung Wave ini, Samsung telah menggunakan TouchWiz 3.0 yang terbaru.Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam telefon keluaran Samsung tentu akan dapat merasakan perbezaannya yang ketara dengan UI yang lain.

Kesimpulan: Skrinnya yang lawa, chassis yang lebih nipis daripada iPhone 4 dan pemprosesannya yang pantas membuatkan telefon ini menjadi dambaan bagi mereka yang meminatinya. Namun, OS BADA yang baru sahaja di perkenalkan tidak dapat dilihat sebagai pesaing yang hebat dalam industri telefon ini. Diharapkan telefon ini akan menjadi permintaan ramai sekirannya banyak aplikasi untuk telefon ini di keluarkan.

Thursday, January 20, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.19)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

19. Nokia N900



N
okia N900 merupakan sebuah telefon yang kurang di dengari. Namun yang pastin tidak semua orang mengemari telefon ini kerana ia besar serta berat, memiliki skrin sesentuh resistif yang mempunyai respon yang lewat ketika menggunakannya,dan menggunakan OS yang tidak ada di telefon bimbit yang lain iaitu Linux. Yang pastinya ia masih lagi menjadi kegemaran bagi sesetengah orang kerana banyak perkara yang boleh di lakukan dengan telefon ini.

Modder dan Hacker amat mengemari menulis program yang membolehkan mereka mengawal TV dengan mengunakan port infra-merah, mendengar muzik dengan lebih mudah dan megawal RSS. Disebalik ketebalan telefon ini, tersembunyi papan kekunci QWERTY yang selesa digunakan. Kemampuannya melakukan pelbagai tugas dalam satu masa mungkin membolehkannya naik satu tangga dari iPhone 3GS ,itupun belum lagi kemampuannya untuk menjalankan aplikasi Firefox Mobile dan generasi OS yang akan datang ,MeeGo.


Wednesday, January 19, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.20)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Kita semua pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit , bukan? Atau ada yang kurang bersetuju dengan ayat tadi dan mahu mengatakan bahawa anda merupakan pemilik kepada dua telefon bimbit. Satu untuk kegunann teman tersayang dan satu untuk kegunaan umum. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing.

Masalahnya sekarang adalah bagaimana anda memutuskan yang mana satu merupakan telefon terbaik bagi anda? Mudah-mudahan, ulasan luas di sini mengenai telefon bimbit boleh membantu anda. Tetapi jika anda masih bingung, anda telah datang ke tempat yang tepat. Kerana disini mempunyai senarai terbaru mengenai telefon terbaik yang boleh anda dapatkan.

Adakah anda mencari telefon muzik yang sesuai dengan budget atau sebuah smartphone yang terbaik dan tercanggih, yang terbaik semuanya ada di sini.

20. Apple iPhone 3GS


Iphone 3GS

Telefon bimbit yang menjadi dambaan bagi mereka yang meminati barangan keluaran Apple. Banyak yang boleh diperkatakan mengenai model ini bukan..? Kita boleh bercakap mengenai keupayaannya yang laju dalam melayari internet, kamera yang baru yang boleh membuatkan kita berhenti mengeluh sepertimana iPhone yang terdahulu yang hanya menggunakan 2 Mega Pixel.

Kita boleh juga bercakap mengenai kelajuan pemprosesannya berbanding keluaran yang terdahulu atau mengenai kehebatan pemprosesan grafiknya yang lawa dari iPhone 3GS ini. Bahkan kita boleh membanggakan fungsi kawalan suaranya yang canggih walaupun ia jarang digunakan.
Telefon bimbit ini memiliki fungsi yang dapat membantu dalam kehidupan seharian kita. Itu semua terima kasih kepada App Store yang menyediakan pelbagai aplikasi untuk pelbagai jenis pengguna. Walaupun ia mempunyai kekurangannya yang tersendiri, namun kelebihannya lebih menyerlah. Kalaulah telefon ini lebih murah, maka ia merupakan satu telefon yang terbaik.

Kesimpulan: Selain daripada rakaman video yang dipertingkatkan dari sebelumnya dan fungsi kompasnya, 3GS tidak membawa impak yang besar dalam keluarga iPhone ini. Ada yang mengatakan bahawa selepas pelancaran iPhone 4, harga iPhone 3GS akan turun, namun ia tidaklah semurah mana berbanding dengan iPhone 4 walaupun iPhone 4 memiliki teknologi yang lebih canggih. Jadi 3GS ini mewakili telefon yang bagus cuma dengan harga yang mahal.


Friday, January 14, 2011

Laptop Razer Switchblade

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Satu syarikat pengeluar aksesori komputer yang terkenal dengan harga barangan mereka di jual hanya untuk golongan orang yang sanggup berbelanja RM300++ hanya untuk satu tetikus selain aksesori lain yang mahal-mahal belaka yang penulis sendiri malas nak beritahu kerana anda sendiri boleh lihat dengan mata anda di kedai2 komputer di lowyat sana. Apakah nama syarikat iutu..? Razer. Nama yang sangat dikagumi oleh para PC Gamers.

Namun kita di sini bukan untuk bercerita mengenai kemahalan produk mereka, tetapi untuk bercerita mengenai satu produk mereka yang mengempakkan CES 2011(Consumer Electronics Show),Las Vegas baru-baru ini.Produk itu adalah Razer Switchblade.



Produk ini merupakan konsep produk dan Razer tengah mencari rakan kongsi untuk mengeluarkan produk ini. Kemungkinan tahun depan atau tahun ini kalau laptop ini berjaya di pasarkan maka kita dapat melihat sejauh mana laptop ini merubah cara PC Gamers bermain.


Saiznya yang kecil membolehkannya di bawa ke mana-mana sahaja



DOTA di mainkan dalam Switchblade

Dengan saiz yang kecil iaitu 7" inci ,selain itu skrin ini memiliki fungsi touchscreen.Apa yang menariknya ialah kepintaran butang keyboardnya yang boleh berubah-ubah mengikut permainan yang di mainkan. Selain itu juga, seperti gambar di atas di mana shortcut key dengan icon yang sama dalam permainan diletakkan di keyboard tersebut bergantung kepada keselesaan pengguna. Ia merupakan satu konsep yang bijak dari Razer.


Anda cam ikon-ikon di atas..???


Keyboard berubah kepada fungsi chatting

Aspek-aspek lain yang terdapat dalam Switchblade ini adalah ia menggunakan OS Windows 7,menggunakan Intel Oak Trail,memiliki beberapa port iaitu MINI HDMI, USB3.0, Standard Headphone dan Mic ports.Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat di ambil dari CES 2011.Imej asal adalah dari engadget.com.















Kesimpulannya, laptop ini merupakan sebuah laptop yang memiliki konsep yang terbaik selain bakal memiliki teknologi yang tercanggih jika ia berada di pasaran. Jadi, kepada mereka yang merupakan peminat Razer atau mereka yang hidup untuk bermain permainan komputer, maka ini adalah pilihan anda.



Tetikus versi baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Tetikus ini merupakan satu tetikus yang reka bentuknya lain dari yang lain. Kelainan itu terserlah apabila fungsi untuk menggerakkan tetikus dengan mengerakkannya kekiri dan kekanan tidak lagi digunakan tapi digantikan dengan fungsi condong-mencondong. Ya, mereka menggunakan fungsi yang tidak pernah difikirkan oleh orang yang biasa.

Tetikus smartfish

Apa yang hebatnya mengenai tetikus ini....? Satu kebaikannya adalah ia menjimatkan ruang. Kita tidak perlukan lagi ruang yang besar untuk menggerakkan tetikus kekiri dan kekanan kerana dengan adanya tetikus ini, kita hanya perlu menggunakan ruang yang sedikit kerana tetikus ini hanya menggunakan fungsi condong-mencondong untuk menggerakkan corsor di komputer anda. Kalau anda seorang yang kedekut ruang atau mempunyai banyak sangat barang di atas meja anda sehingga mengerakkan tetikus pun susah sebab apabila anda gerakkan, anda akan terlanggar barang-barang di tepi anda. Kekadang ia boleh menggundang tekanan apabila anda kerap kali menggunakan tetikus terutama ketika anda sedang bermain permainan PC.

Jadi dengan adanya alat ini, anda tidak perlu lagi tekanan dari tetikus sekaligus membolehkan anda terus cemerlang,gemilang, dan terbilang ketika anda bermain permainan PC. Adakah itu saja kelebihannya untuk mereka yang gemar bermain permainan koomputer...?? Tentulah tidak, orang biasa pun boleh juga mengambil kelebihan dari tetikus ini. Fungsinya yang ergodinamik memberikan keselesaan kepada mereka yang menggunakannya.

SmartFish tetikus ketika beraksi

Tetikus Condong




Oh..lupa pula penulis nak beritahu nama sebenar tetikus ini, nama ingerisnya adalah Smartfish’s Whirl Laser Mouse atau nama Melayunya adalah Tetikus Laser Berputar keluaran Ikan Bergeliga.


Thursday, January 13, 2011

Kilauan Sony Ericsson Xperia Arc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Sony Ericsson Xperia Arc

Handset ni baru sahaja di perkenalkan di CES 2011(Consumer Electronics Show),Las Vegas. Lawakan...?? Mestilah lawa. Dengan keupayaan paparan skrin yang menggunakan teknologi Sony Bravia- iaitu teknologi sama yang di gunakan dalam televisyen mereka. Bagi mereka yang pernah melihat sendiri paparan TV Sony Bravia , tentu mereka terpegun dengan ke'real'an yang dipaparkan. Bagi yang tidak mampu memilikinya, penghayatan dari luar kedai elektrik yang ada menjual TV Sony Bravia atau masuk dalam kedai tu pun dah kira memadai asalkan dapat melihat TV itu ketika dihidupkan walaupun video yang di tayangkan hanyalah pokok-pokok, air yang mengalir, dan kekadang Kaka yang merembat bola. Namun, paparannya sudah cukup memukau seperti anda berada di dalam video tersebut.

Berbalik kepada topik asal kita , iaitu SE Xperia Arc ini. Seperti yang di jelaskan di atas tadi, paparan skrin yang lawa sememangnya menjadi salah satu daya tarikan handset ini. Selain itu juga, dia juga menggunakan OS Android.Namun versi mana penulis kurang pasti. Dari jurucakap Sony ,mereka mengatakan handset ini akan menggunakan versi OS yang terbaru iaitu 2.3 atau nama sedapnya 'Gingerbread' namun gambar di bawah menunjukkan sebaliknya, iaitu versi 2.4 yang nama sedapnya tidak di ketahui.


Screenshot dari Tweaker.net

Skrinnya yang besar dengar lebar 4'2 inci sudah mampu membuat mata anda tidak lekang dari menghayati keindahan dan kebesaran skrinnya. Bagi mereka yang kaki video ditambah lagi dengan kipas susah mati Android, sememang ia adalah handset idaman mereka.Selain itu,spesifikasi lain yang sememangnya 'da best' dapat anda rujuk di sini.

Mampukah handset ini bersaing dalam industri smartphone ..?? Itu kita tunggu dan lihat..
WOOWWW..!!!! Sony Ericsson Xperia Arc





Kebalkan PC Anda...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Adakah keyboard anda selalu sahaja hilang atau berpindah ke tempat member anda tanpa keizinan dari anda ??? Bagaimana pula dengan mouse Razer yang anda beli mahal2 semata-mata untuk memuaskan nafsu gaming anda tetiba je lesap dari PC anda...? Tentu anda sakit hati dan tension ke tahap maksima bukan...

Jadi untuk tidak mengulangi perkara itu dari berlaku,bermacam-macam cara yang anda lakukan. Ada yang sanggup menyembunyikan di balik pakaian yang bertimbun, ada yang meyimpan di tempat yang lebih selamat iaitu almari yang berkunci dan tidak lupa juga ada yang menyimpannya di balik pakaian yang sdh berkurun tidak bercuci dengan harapan bahawa aksesori komputer yang mahal itu tidak di larikan atau dijumpai oleh orang lain.

Adakah anda sudah penat dengan kaedah2 yang leceh itu..??? Sudah tentu jawapannya ya bukan. Jangan risau sekarang anda boleh tidur dengan nyenyak tanpa perlu risau aksesori komputer anda di rembat utk kepentingan member2 yg tidak tahu meminta kebenaran itu. Satu gadjet telah dcipta khas untuk anda. Gadjet itu adalah NZXT Bunker atau nama sebenarnya Kubu NZXT.
KUBU NZXT

Nampak menggerunkan bukan..? Sudah tentu member2 anda kecut melihat PC anda sekaligus menunjukkan bahawa anda sanggup melakukan apa2 sahaja untuk melindungi barangan berharga anda.

Asasnya, aksesori PC ini adalah USB Hub dengan tingkap dan juga kunci. Apabila tingkap itu telah dikunci, ia hanya membenarkan wayar USB keluar dari celah2 tingkap di bahagian bawah.
Kuncinya menggunakan mekanisme 20 kunci dalaman yang benar2 kukuh dan selamat.




Tuesday, January 11, 2011

64GB SSD Terkecil Dunia....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kecil sangat ke..??? Itu tentu salah satu persoalan yang timbul apabila korang membaca tajuk post ni... Jadi biarlah gambar ini menceritakan segala-galanya...




Kecil kan..? Kalo korang x dapat bayangkan gak....Besar dia lebih kurang macam duit syiling 20sen. WOW..!!! SSD terkecil ni di tunjukkan kepada dunia masa CES 2011(Consumer Electronics Show). San Disk merupakan pelopor kepada SSD terkecil ini.Jadi mereka telah menamakannya iSSD di mana 'i' tersebut membawa makna 'intergrated'. Full name dia adalah intergrated Solid State Drive. Untuk pengetahuan korang, SSD ni fungsi sama macam Hard Disk Driver(HDD) iaitu untuk menyimpan data. Cuma yang membezakan mereka berdua ni adalah SDD menggunakan microcip untuk menyimpan data manakala HDD menggunakan spinning disk dan write/read head untuk menyimpan data. Apa yang canggihnya mengenai SSD ini ialah dia senyap kerana tidak mempunyai bahagian yang bergerak berbanding dengan HDD yang mempunyai write/read head dan spinning disk yang kekadang korang boleh dengar dari dalam cpu.


Dengan adanya iSSD ini, ia akan membawa perubahan dan mempercepatkan lagi perkembangan tablet PC dan juga notebook yang saiz tipis. Saiznya yang kecil akan mengurangkan haba dalam reka bentuk sesuatu produk dan ini amat membantu dalam menghasil produk yang lebih efisien dari segi tenaga dan kos.

Setelah di perbesarkan ??? kali ganda

Sony Ericsson Xperia Play a.k.a PSP(PlayStation Phone)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Sudah terlalu banyak khabar angin yang mengatakan Sony akan mengeluarkan Playstation Phone. Di laman web kalo korang taip Playstation Phone akan terpaparla di depan mata anda bermacam-macam rekaan PlayStation Phone(PSP). Semua rekaan tu hanyala imaginasi dan khayalan semata-mata. Dan akhirnya telah bocor juga rekaan sebenar PSP.
PlayStation Phone Xperia Play....

Kalau dah rupa dia semacam PSPortable, tentu nama dia ada Play Station(PS) gak kan...Tapi dorang(Sony Erricson) bagi dia nama SONY ERICCSON XPERIA PLAY....mungkin sebab partner Sony iaitu ericcson x nak kot..Kalo letak PS kat nama dia orang ramai tentu ingat Handphone tu milik Sony sepenuhnya... Apa-apa pun PSPhone ni nampak macam style je kan...
Sistem operasi yang di gunakan adalah Android. Rekaannya yang semacam PSP Go cuma tanpa analog. Adakah PSPhone ini berjaya menambat hati para pengemar Android atau para Gamers ?? Sebelum tu mari kita tengok video PSPhone ni....


Dari video tu,game yang dimainkan adalah Resident Evil 2 dan Rage Racer tu...smua game tu dari PS1... So apakah kelebihan PSPhone aka Xperia Play ...??? Dari pandangan orang ramai, Xperia Play yang bestnya dia menggunakan OS Android, jadi ada di antara pengemar Android tidak sabar untuk mendapatkan satu..Selain itu dia bleh main game 3D walaupun yang ditunjukkan kat dalam video tu game klasik dari PS1 sekurang2nya dia lebih power dari N-Gage.. Namun ada gak yang kurang berminat dengan Xperia Play ni...ada yang mengatakan "buat apa nak bli handphone ni kalo dia hanya bleh main game PS1, stakat kualiti macam tu baik main PSP yg biasa tu..gambar lagi lawa.." Apa yang kita dapat lihat dari video tu, emulator di gunakan untuk bermain game2 tu..Tapi ada satu komen yang perlu Sony Ericcson ambil perhatian jika ingin mengeluarkan juga Xperia ni..komen tu dia kata "Sapa yang nak men game lama2 kalo tetiba je ada SMS ke,orang telefon ke, tentu x bestkan ....?Yang mana korang nak..tentu korang nak men terus je kan...tapi buat apa ada handset kalo x d gunakan untuk bertelefon...??? ".. Bagi penulis, mungkin handset ni ada kelebihan yang tersendiri yang Sony Ericcson blum dedahkan lagi.. Biasala nak bagi surprise... Jadi janganla kita terus membuat kesimpulan awal.... Kita tunggu dan lihat apa yang Xperia Play ni mampu bawa dalam saingan HandPhone ni..... Mungkin ada tambahan yang mampu mengubah cara kita menggunakan telefon selain dari boleh bermain game ala PSP....Ciao..~~~

Sunday, January 9, 2011

Tukarkan Ipod Nano ke Jam Tangan...










Sememangnya Ipod Nano merupakan salah satu gadjet yang terbaik pernah di keluar oleh Apple. Ini di tunjukkan dengan keluarnya Ipod Nano generasi ke-6 yang membawa definisi baru kepada Ipod Nano. Dengan hanya saiz sebesar tapak tangan dan mengunakan teknologi 'touch screen' sebagai cara interaksi ia membuatkan kita berfikir sampai mana lagi Apple mampu membawa kita lari dari kebiasaaan.
Dalam Ipod Nano ini apabila anda tidak bermain-main dengan fungsi 'touch screen', analog jam atau digital jam akan muncul( lebih kurang mcm screensaver la jugak).
Satu syarikat, IloveHandles telah mereka satu alat tambahan khas untuk Ipod Nano G6. Alat ini sangat menarik dan mudah untuk di gunakan. Gambar di bawah mampu menjelaskan segala-galanya.

jam tangan ipod nano

Satu rekaan yang inovatif dan tidak terfikir oleh orang lain. Dari hanya sebuah mp3 ia mampu bertukar kepada jam tangan yang mampu menarik perhatian ramai. Alat ini mungkin menjadi satu trend kepada penggemar Ipod Nano.