Monday, February 28, 2011

USB Hub Yang Menyenangkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hampir semua gajet yang dikeluarkan pada hari ini mempunyai penyambung USB. Dengan terciptanya USB Hub memudahkan kita untuk menyambung gajet kita ke komputer jika USB yang sedia ada tidak mencukupi. Ada pelbagai jenis USB hub yang berada di pasaran dengan pelbagai harga. Kalau yang murah mesti kualiti yang cikai punya. Kalau yang mahal mesti design dia lawa, tidak mudah rosak tapi itu semua penjual kedai yang cakap. Tapi ada satu masalah yang sering kali kita hadapi dan kadangkala bengang pada USB hub mahal atau murah, iaitu meneka macam mana nak masukkan USB dengan betul kedalam USB hub . Setakat ini, semua rekaan USB hub adalah dengan memasukkan USB sama ada melalui atas atau bawah.


Car yang biasa untuk memasukkan USB


Dan apabila di terbalikkan USB tidak akan muat

Gambar kedua menunjukkan situasi yang sering kali kita alami ketika menggunakan USB Hub.
Oleh itu, UltraTek’s “Flipper” USB adalah sangat berguna bagi mereka yang seringkali tersilap memasukkan USB.

Xtreamer Prodigy :Pemain Media Yang Ekstrem

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Apa yang ekstrem mengenai gajet pemain media ini ? Adakah dia tahan jatuh 10 tingkat atau tahan ketika ditenggelamkan dalam air sedalam 100 meter..??? Bukan itu yang dimaksudkan ekstrem disini.Walaupun reka bentuknya yang agak solid, namun itu bukanlah menunjukkan ia ekstrem dari fizikal seperti yang saya maksudkan sebelum ini.

Apa yang ekstremnya mengenai gajet ini adalah kemampuannya untuk memainkan pelbagai jenis media dan yang paling penting ia menggunakan teknologi terkini yang terdapat di pasaran. Pengeluarnya gajet ini adalah Xtreamer. Sesuai dengan namanya, maka mereka pun mengeluarkan pemain media yang ekstrem ini.Gajet ini adalah berasaskan pemain media Realtek 1185 dan menggunakan USB 3.0 , 256MB RAM, 512MB NAND flash, HDMI, mengunakan alat kawalan jauh IR(infra red), mempunyai pembaca kad pelbagai jenis dan 3.5-inci HDD bay.Ia juga boleh disambungkan ke internet.

Apa yang membuatkan gajet ini menarik adalah GUI yang berasaskan Adobe Flash selain mampu menjalankan Apple AirPlay, Mediafly, Google Talk, Last FM, Pandora, Facebook, dan banyak lagi.


3.5 inci HDD yang digunakan dalam pemain media ini



Pelbagai jenis media boleh disambungkan kepada gajet ini. HDMI,AV Output, LAN, USB 3.0


Flash GUI yang agak cool


Pelbagai media boleh digunakan dalam gajet ini...

Tuesday, February 22, 2011

HP TouchPad .....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Berdasarkan gambar diatas, seimbas pandang sahaja akan membuatkan kita terfikirkan mengenai iPad dan mungkin sahaja berkhayal kemungkinan ia merupakan iPad 2 yang bakal dikeluarkan oleh Apple. Namun sebenarnya, gajet diatas adalah sebuah produk komputer tablet dari HP yang diberi nama TouchPad dan bukannya iPad atau LiPad(sebutannya seakan Lipat kan?).

TouchPad ini baru sahaja di umumkan di San Francisco pada 9/2 lepas. HP menaruh harapan tinggi agar ia mampu bersaing dengan produk yang seangkatan dengannya seperti Motorola Xoom atau HTC Flyer .

Kalau di lihat dari gambar diatas gajet ini kelihatan kecil. Cuba anda tengok gambar di bawah ini;




Macam mana ? Besar kan..? Saiznya adalah 9.7 inci, berat dalam lingkungan 1.6 paun, dan ketebalannyamereka se adalah 13.7 mm. TouchPad ini menggunakan webOS 3.0 iaitu OS dari HP sendiri. WebOS ini terlebih dahulu digunakan di pelantar telefon seperti Palm Pre,Palm Pixi dan juga HP Veer sebelum HP menggunakannya untuk komputer tablet ini. Apa yang menariknya mengenai TouchPad yang tidak terdapat di komputer tablet yang lain adalah kemampuannya berkomunikasi dengan Palm Pre3(merupakan sebuah telefon yang sama-sama diperkenalkan dengan TouchPad). Ia berkomunikasi dengan menggunakan applikasi Touch-To-Share dimana pengguna boleh memindahkan fail,lagu,panggilan telefon, laman web, dari tablet ke telefon atau sebaliknya dengan hanya menyentuh skrin tablet dan telefon dengan serentak. Touch-To-Share ini daapt berfungsi selagi kedua-dua gajet diletakkan di alat pengecas wireless mereka sendiri iaitu Touchstone.

Spesifikasi lain adalah TouchPad ini menggunakan prosesor berkembar 1.2Ghz Snapdragon,gyroskop,accelerometer,kompas, 16/32 GB storan, pembesar suara stereo yang menggunakan teknologi Beat Audio yang merupakan hasil daripada Dr. Dre, mempunyai kamera hadapan 1.3MP yang membolehkan perbualan video,802.11b/g/n WiFi, Bluetooth 2.1+EDR, A-GPS (hanya untuk 3G model) .

TouchPad ini bakal dikeluarkan pada musim panas di Amerika sana. TouchPad ini akan dikeluarkan dengan model Wifi dahulu sebelum diikuti oleh model 3G dan juga 4G.

Monday, February 21, 2011

PowerTrekk Charger; Cas Tanpa Menggunakan Tenaga Solar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Adakah anda seorang yang gemarkan aktiviti mengembara seperti meneroka hutan,pergi ke pulau terpencil dan dalam pada masa yang sama anda juga seorang yang sukakan kepada gajet elektronik seperti Smartphone, kamera digital, dan PSP...?? Ketika anda sayang untuk tinggalkan gajet kesayangan anda kerana tiada bekalan elektrik untuk mengecas semula gajet-gajet anda ketika anda pergi mengembara, maka perkara seperti itu tidak perlu lagi berlaku sekiranya anda memiliki sebuah alat yang di beri nama PowerTrekk Charger.

Apa yang menariknya mengenai alat ini adalah ia tidak menggunakan tenaga solar tetapi menggunakan air serta sel tenaga yang mesra alam. Ia menjana tenaga lebih pantas daripada tenaga solar kerana untuk menggunakan tenaga solar kita perlu bergantung sepenuhnya kepada keadaan cuaca. Cara penggunaannya cuma letakkan air dalam tin sel tenaga berkenaan dan anda boleh mengecas gajet elektronik anda serta-merta.


Tanpa menggunakan tenaga solar bermakna gajet elektronik anda boleh di cas di mana jua tempat yang tidak menerima cahaya matahari seperti di dalam hutan tebal, gua, ataupun bawah tanah sekalipun. Ia merupakan alat yang berguna kepada pengembara. Mereka yang bukan pengembara pun boleh juga menggunakannya misalnya mereka yang memerlukan tenaga elektrik segera untuk mengecas alatan mereka seperti jurukamera yang kehabisan bateri kameranya ataupun seorang pemain permainan video yang gemar menghabiskan masa berjam-jam bermain walau di mana sahaja mereka berada sehingga menyebabkan baterinya kering dengan cepat.

Bagi mereka yang berminat dengan lebih lanjut bolehlah klik di sini....

Tuesday, February 15, 2011

iControlPad: Unik dan Lain dari Yang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....





Apakah anda seorang yang memiliki Smartphone namun anda juga merupakan seorang peminat permainan video....?? Jika ya, maka alat ini amat bersesuaian dengan anda. Iaitu iControlPad. Jangan tertipu dengan huruf 'i' didepan namanya kerana ia bukanlah alat khusus untuk iPhone atau apa yang dikeluarkan oleh Apple, alat ini juga boleh di gunakan oleh semua Smartphone termasuklah komputer.

Ini kerana alat ini menggunakan bluetooth sebagai komunikasi. Tidak perlu sambungan segala.Yang menariknya mengenai alat ini adalah fleksible kerana pengepit tepinya boleh dibuka membolehkan mana-mana smartphone dipasang di iControlPad ini. Jika ia tidak sesuai dengan kerana saiznya, apa yang anda perlu hanyalah cari pengepit yang sesuai dengan smartphone anda.


iControlPad ini bakal dijual pada minggu depan dengan harga $74.99 ataupun RM 228.86. Namun, ada sesetengah permainan yang tidak sesuai menggunakan alat ini. Bagi mereka yang berminat bolehlah menempahnya sekarang. Dengan adanya alat ini ia akan mampu mebuatkan anda lebih menonjol jika tiada orang lain yang menggunakannya di khalayak ramai.

Sumber:icontrolpad.com

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.9)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

9.Orange San Francisco
Ini merupakan sebuah telefon Android dan ia merupakan sebuah bajet telefon yang sememangnya berbaloi. Pengeluar telefon ini adalah Orange iaitu merupakan sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan telefon ini merupakan telefon Android pertama mereka.

Reka bentuknya yang nampak kukuh, pengoperasian yang cepat serta skrin yang besar dan jelas membuatkan anda berfikir telefon ini adalah sebuah telefon yang mahal. Namun berdasarkan harganya daripada eropah iaitu di bawah £100 ataupun dalam RM 490 ia merupakan telefon yang murah. Dengan harga sedemikian anda akan mampu memiliki sebuah telefon dengan saiz skrin 3.5 inci, resolusi 480x800 pixels,Wi-Fi,GPS, dan juga 3G.

Namun,telefon ini ada juga kekurangannya iaitu kualiti yang rendah dalam kamera serta FM radio. Jadi bagi mereka yang suka mengambil gambar atau pendengar radio, anda perlulah membawa kamera atau radio anda sendiri dan tidak mengharap telefon ini untuk melakukan tugasan tersebut.

Kesimpulan: Walaupun memiliki kekurangan, telefon ini tetap berada dihadap carta dalam Android termurah kerana prosesornya yang pantas serta banyak kustomisasi yang boleh dilakukan oleh pengguna.


Sunday, February 13, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.10)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

10
.LG Optimus 7


LG Optimus 7 adalah sebuah telefon yang menggunakan Windows Phone 7 sebagai sistem operasi. Apa yang membuatkan telefon ini lebih hebat daripada telefon yang menggunakan Windows Phone 7 adalah disebabkan tambahan yang menarik dari LG seperti 'augmented reality browser' yang menunjukkan keadaan cuaca apabila kita menghala telefon ini ke angkasa.

Servis PlayTo DLNA adalah yang terbaik kerana ia mudah dan laju ketika menghantar maklumat ke TV yang mempunyai menyokong DLNA atau komputer yang menggunakan Windows 7.

Kesimpulan: Windows Phone 7 berkemungkinan menjadi sebuah telefon yang 'bergaya' pada masa depan, dan jika anda menginginkan kehebatan dan kecanggihan yang senang di gunakan, maka LG Optimus 7 ini adalah pilihan anda.



Saturday, February 12, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.11)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

11
.Motorola Milestone 2



Telefon ini merupakan sambungan daripada Motorola Milestone iaitu telefon yang menggunakan Android OS. Seperti biasa setiap telefon yang baru dikeluarkan adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. Milestone 2 memiliki kelebihan dari segi teknologi yang di gunakan kerana Motorola mengambil kira kelemahan yang terdapat daripada Milestone dan memperbaikinya bagi menghasilkan Milestone 2.

Ia merupakan usaha yang berbaloi.Walaupun antara muka Motoblur yang tidak seberapa mesra pengguna disebabkan oleh widget sosialnya seperti Facebook dan Twitter, namun dengan prosesornya yang pantas dan pemain medianya yang mudah dan senang digunakan mampu membuatkan kelemahannya hilang dari pandangan.

Bagi mereka yang menggemarkan papan kekunci QWERTY, mereka pasti akan puas hati kerana respon yang diberi dari kekunci adalah pantas namun bagi mereka yang bertangan besar mungkin akan mengalami sedikit masalah.

Kesimpulan: Salah satu telefon mudah alih QWERTY yang terbaik di pasaran, Milestone 2 datang dengan pakej yang mantap iaitu dengan prosesor yang laju ,respon yang pantas dari papan kekunci dan juga skrin sesentuh, dan juga rakaman video yang cantik untuk kualiti 720p.

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.12)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

12
.HTC HD7



HTC HD7 merupakan telefon yang befungsi melalui Windows Phone 7 OS yang terbaru dari Microsoft untuk telefon mudah alih. Ia sebuah telefon yang mempunyai skrin yang besar dan bagi yang memiliki tangan yang kecil pasti sukar untuk menggegamnya kerana saiz skrinnya adalah 4.3 inci.

Selain itu, telefon ini juga memiliki stereo speaker yang terletak di kedua-dua belah tepi skrin untuk pengalaman bunyi yang lebih baik sama ada untuk mendengar muzik atau ketika menonton filem. Telefon ini yang dilengkapi dengan kamera 5MP memiliki sepasang LED flash yang dapat membantu untuk menangkap gambar dalam keadaan yang gelap dengan lebih terang.

Kesimpulan: HTC HD7 mampu mencipta saingan dalam kategori telefon skrin besar selain bakal menjadi satu trend baru serta mempunyai pengikutnya yang tersendiri iaitu mereka yang mengemarkan skrin besar.

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.13)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

13.
HTC Wildfire



HTC Wildfire ini amat menyerupai saudara terdekatnya iaitu HTC Desire dari segi reka bentuk cuma ia datang dengan saiz yang kecil dengan semestinya dengan spesikasi yang berbeza kerana telefon ini mensasarkan kepada mereka yang menginginkan telefon yang kecil tapi memiliki fungsi seperti HTC Desire.

Apa yang mampu diberikan dari telefon ini ialah ia memiliki skrin yang lebih elok dari HTC Tattoo iaitu 3.2 inci QVGA skrin sesentuh kapasitif, dan mempunyai pemprosesan yang sama seperti HTC Hero.

Kesimpulan:HTC Tattoo adalah sebuah telefon Android yang bagus namun ia kalah dari segi spesifikasi kepada HTC Wildfire. Jadi Wildfire adalah menjadi pilihan dalam telefon Android yang murah.

Tuesday, February 8, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.14)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

14.
BlackBerry Torch




RIM(Research In Motion) merupakan syarikat yang menghasilkan BlackBerry. Apabila mereka memikirkan bagaimana untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran iaitu bagaimana untuk mengabungkan fungsi skrin sesentuh yang terkini dan papan kekunci QWERTY ?

Dengan mudah mereka mengabungkan keduanya sekali dan mengekalkan reka bentuk BlackBerry yang biasa kita lihat. Cuma yang bezanya telefon ini direka dengan fungsi slide.

Kesimpulan: BlackBerry Torch ini masih lagi berusaha untuk meletakkan segala-galanya dalam satu tempat;skrin sesentuh,papan kekunci QWERTY, chassis yang nipis. Namun hasilnya boleh dikatakan berbaloi. Namun papan kekunci QWERTY yang kecil mungkin mempaengaruhi pemilihan bagi mereka yang gemar BlackBerry.

NoteSlate:Tablet yang unik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




NoteSlate ini sangat unik kerana ia seakan-akan kertas. Cuma ia dalam bentuk digital. Rekaannya yang ringkas menunjukkan alat ini mudah digunakan. Ia mempunyai skrin yang besar iaitu berukuran 13 inci. Stylus digunakan untuk menulis nota dan kemudiannya nota itu akan disimpan secara digital, ianya memang mudah.

Tidak lupa juga dengan keluarnya gajet ini, ia mampu mengurangkan penggunaan kertas sedia ada. NoteSlate ini datang dengan pelbagai warna.



NoteSlate ini juga mampu bertahan selama 180 jam atau selama 3 minggu. Ia sememangnya menjiimatkan kerana anda tidak perlu berulang-alik untuk mencas bateri. Dengan saiznya yang nipis hanya dengan 210x310x6mm dan mempunyai paparan 750x1080 pixel serta berat hanya 280g.

NoteSlate ini sememangnya mempunyai konsep yang menarik dan ia tidak tertumpu kepada satu pengguna sahaja. Semua jenis pengguna boleh menggunakannya. Pelajar juga mampu memanfaatkannya. Apabila ingin menyalin nota hanya keluarkan stylus dengan NoteSlate ini sahaja. Mudah dan senang.

Tidak perlulah anda susah-susah mengeluarkan buku dan segala macam alat tulis. Alat ini tidak memerlukan meja jadi anda boleh menulis di mana-mana sahaja. Bagi seorang penulis atau blogger yang senantiasa mencari idea sememangnya alat ini bertepatan dengan anda kerana apabila anda mempunyai idea yang menarik tapi ingin menulisnya segera kerana takut terlupa, maka NoteSlate ini adalah penyelamat idea anda.

Di bawah merupakan perbandingan dengan tablet-tablet yang ada dipasaran.



Sumber...

Sunday, February 6, 2011

Jam dalam tulisan Braille,HAPTICA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Setakat ini, orang buta mempunyai dua pilihan untuk mengetahui waktu melalui jam iaitu sama ada memakai jam yang mempunyai suara yang memberitahu waktu dan satu lagi adalah dengan membuka penutup gelas jam tangan dan merasa sendiri kedudukan jarum jam tersebut.

Jam Haptica ini amat berbeza dari jam-jam yang lain kerana ia direka khusus untuk orang buta. Dengan menggunakan tulis Braille sebagai paparan ditambah ia boleh disentuh seperti orang buta membaca buku.

Namun, setakat ini, jam ini hanyalah satu rekaan konsep sahaja tetapi perekanya ingin menjadikan ia sebagai satu realiti. Bagi mereka yang membantu bolehlah pergi ke kickstarter untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menjadikan jam ini sebagai satu realiti.






Saturday, February 5, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.15)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

16.
Samsung Galaxy Europa




Apa yang terjadi jika kita ambil Samsung Galaxy S dan ubah ia menjadi telefon yang mampu dimiliki oleh orang ramai...? Jawapannya adalah Samasung Galaxy Europa. UI yang di ambil daripada Galaxy S sememamangnya salah satu cara untuk mengurangkan harga untuk telefon ini dan penggunaannya yang mudah menjadikan UI dari Galaxy S dijadikan pilihan dalam UI Galaxy Europa ini.

Dilengkapi dengan kecanggihan memanggil yang mudah seperti Buddies Now serta dengan kepantasan operasinya yang dapat dijalankan dengan prosesor 600MHZ. Ia sememangnya sebuah telefon yang kecil tapi dengan kecanggihannya yang tersendiri.

Kamera 2MP mampu melakukan tugas dengan lebih baik daripada apa yang di jangkakan dengan 'smile detection mode' dan 'panorama mode' walaupun rakaman videonya hanya mampu merakam dalam resolusi 320x240 pixels.

Kesimpulan: Galaxy Europa merupakan pesaing terdekat bagi HTC Wildfire dalam kategori 'telefon Android termurah', telefon ini mampu berfungsi lebih dari apa yang kita jangkakan. Bagi mereka yang senang dengan UI Galaxy S namun tidak mampu memilikinya kerana harga yang mahal, maka Galxy Europa ini mungkin menjadi pilihan anda.

Sumber...

Thursday, February 3, 2011

20 Telefon Mudah Alih Terbaik Di Dunia (No.16)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

16.
BlackBerry Bold 9780




Apakah kelebihan BlackBerry Bold 9780 berbanding dengan model 9700 yang terdahulu ? Tidak banyak yang dapat di katakan di sini melainkan dengan BB OS 6.0, RAM yang ditambah, dan kamera yang dipertingkatkan dari 3.MP ke 5.0MP. Dari segi rekaan tidak ada perubahan yang dibuat. Ia sememang sama dengan model yang terdahulu.

Namun ia merupakan telefon BlackBerry yang menjadi pilihan berbanding dengan modelnya yang terdahulu kerana kelebihannya dari segi media yang lebih baik. Apa yang mengecewakan adalah pelayar internetnya yang tidak dipertingkatkan dari 9700.

Kesimpulan: Walaupun ia tidak dapat menembusi carta 10, sekuran-kurangnya dengan BB OS 6.0 dan apabila dalam kategori QWERTY, ia tidak dapat dikalahkan.

Sumber...