Thursday, March 31, 2011

HTC Pyramid:Khabar Angin Dari HTC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Gambar di atas merupakan gambar yang telah dibocorkan kepada xdadevelopers untuk tatapan kepada Androidian di luar sana. Ia merupakan produk yang mungkin bakal dikeluarkan oleh HTC. Menurut dari khabar angin, telefon pintar ini yang mungkin diberi nama sebagai HTC Pyramid (mungkin disebabkan oleh revolusi Mesir jadi mereka namakan sedemikian rupa). Ia merupakan telefon pintar pertama HTC yang menggunakan prosesor berkembar. Menurut khabar angin itu lagi, ia bakal menggunakan 1.2GHz prosesor berkembar Snapdragon selain memuatkan 768 MB RAM, memiliki skrin bersaiz 4.3' qHD( 960x540), mempunyai kamera hadapan, 8 MP kamera yang dilengkapi dengan LED Flash berkembar, HSPA+,Android 2.3.2(Gingerbread) dengan Sense 3.0.


Sedikit paparan mengenai GUI HTC Pyramid



Dalaman HTC Pyramid yang menunjukkan bateri yang digunakan

Mini Microskop: Khas Untuk iPhone4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Satu lagi produk khas untuk iPhone yang mengkhususkan kepada meningkatkan keupayaan kamera iPhone. Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan kamera yang ditawarkan oleh iPhone oleh sebab itu mereka membuat sendiri gajet tambahan ini. Sebelum ini, blog ini ada juga mengulas mengenai gajet tambahan untuk kamera di sini. Namun yang ini lain dari yang lain kerana ia adalah sebuah mikroskop. Pernahkah anda melihat telefon pintar yang mempunyai fungsi mikroskop ? Tentu belum pernah bukan, begitu juga penulis. Saiznya yang kecil sememangnya boleh dibawa kemana-mana sahaja. Kalau anda seorang biologist atau mereka yang selalu terlibat dengan mikroskop, dengan kehadiran gajet ini anda bolehlah men'zoom' mana-mana objek atau tumbuhan yang anda inginkan sehingga 60x ganda. Kamera telefon yang biasa pun tidak mempunyai 'zoom' sebesar gajet ini. Apa yang anda perlukan hanyalah iPhone4 dengan gajet ini untuk memberikan kelainan dalam kehidupan anda. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED untuk membolehkan subjek anda kelihatan lebih jelas kerana kemungkinan besar iPhone anda akan melindungi subjek anda daripada mendapatkan cahaya yang secukupnya. Bagi yang berminat bolehlah mendapatkannya dengan harga £29.99 atau RM 146 di sini.



Tempat menyimpan mikroskop berserta alat penyambung kepada iPhone



Mikroskop yang sedang digunakan

Wednesday, March 30, 2011

Wicked Helix: Earphone Yang Mantap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Wicked Audio baru sahaja mengumumkan earphone terbaru mereka iaitu Wicked Helix. Gajet ini pertama kali diperkenalkan di Consumer Electronic Show 2011(CES 2011). Apa yang menariknya dalam gajet ini adalah teknologi 'EarHugger' yang digunakan dalam gajet ini. Kalau kita terjemahkan 'EarHugger' kepada Bahasa Malaysia ia akan disebutkan sebagai 'pemeluk telinga', nampak jangal bukan ? Apa yang 'EarHugger' ini boleh lakukan adalah membolehkan anda melakukan aktiviti lasak tanpa perlu risaukan ia akan tertanggal daripada telinga anda. Lihat sahaja rekaannya yang mampu memberi jaminan daripada ia tertanggal selain daripada keselesaan dan dan bagaimana ia direka untuk muat ke dalam telinga anda untuk pengalaman audio yang terbaik. Ia juga dilengkapi dengan '10mm driver' dan mampu memisahkan bunyi bising semaksima mungkin untuk memberikan kualiti audio yang sedap didengar. Untuk menambahkan kualiti audio, gajet ini menggunakan saduran emas di pencucuk earphone(jack-in) ini . Dengan panjang 1.2m boleh menambahkan flksibiliti kepada gajet ini. Ia datang dalam tiga variasi warna yang berbeza iaitu Biru/Oren,Merah/Kuning, dan Hitam/Putih. Bagi yang berminat bolehlah meembelinya dengan harga $14.99 atau RM 45.36.


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar

Sunday, March 27, 2011

NVIDIA GeForce GTX 590: Saingan kepada Radeon HD 6990

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Nampaknya NVIDIA akhirnya mengeluarkan penyaing untuk kad grafik AMD iaitu RADEON HD 6990. 1024 teras CUDA,94 ROP, 3GB GDDR5 RAM, menunjukkan GTX 590 adalah seperti hasil gabungan dua kad grafik GTX 580. Sama seperti HD 6990, kad grafik ini juga mempunyai 2 GPU.Selain itu 'core clock speed' hanya setakat 607MHz, 'shader' mampu berfungsi sehingga 1.2GHz dan 'memory clock in' adalah 3.4GHz.

Seperti biasa, para pengulas yang banyak duit akan membuat uji kaji antara 2 kad grafik yang power ini dan seperti biasa penulis ini yang tidak mampu untuk membeli kad grafik berkenaan akan memberi tahu anda sendiri apa yang mereka ulas. Setelah pengulas-pengulas ini berhempas pulas dengan 'benchmarking', menguji kedua-dua kad grafik sambil melihat kecantikan grafiknya yang tahap ekstrem, kesimpulannya adalah HD 6990 adalah adalah masih pemenangnya. Namun menurut salah satu pengulas(Techreport), GTX 590 adalah lebih senyap bagi kad grafik yang ekstrem. Oh ya...harga bagi sebuah kad grafik ini adalah sama juga seperti HD 6990 iaitu $699 atau dalam ringgit Malaysia adalah RM 2 115.52.Bagi melihat sendiri perbandingan antara kedua kad grafik ini, bolehlah anda melihat video di bawah ini.

GTX 590 ini adalah lebih kecil berbanding dengan HD 6990




Sumber....

Magik Pinball: Khusus Kepada iPhone dan iPod

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Gajet kali ini adalah lain dari yang lain dan ianya khusus untuk pengguna iPod dan iPhone. Gabungan antara retro dan moden menghasilkan Magik Pinball. Retronya gajet ini adalah kerana ia merupakan sebuah mesin mini pinball dan modennya gajet ini ialah kerana ia menggunakan iPhone atau iPod untuk berfungsi. Ia mempunyai semua fungsi yang ada seperti dalam sebuah pinball yang biasa. Harga untuk sebuah gajet mini ini mungkin akan membuatkan dompet anda menangis iaitu $65 atau dalam RM 196.75. Gajet ini mungkin berbaloi kepada mereka yang memang meminati pinball. Jadi, kepada peminat pinball di luar sana, anda boleh mendapatkannya di sini.


Ciri-ciri yang terdapat dalam pinball ini

Magik Pinball ketika sedang di mainkan

Saturday, March 26, 2011

ASUS IRIS: Gajet Masa Hadapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

IRIS adalah sebuah konsep gajet yang di ilhamkan daripada ASUS. IRIS ataupun nama panjangnya adalah Inspirational Research for Immersive Space ataupun dalam bahasa Malaysianya jika saya tidak silap adalah Penyelidikan Inspirasi untuk Ruang Secara Mendalam. Apa yang inspirasi sangat mengenai penyelidikan ini ? Apa yang cuba di bawa oleh ASUS adalah rutin seharian kita dilakukan dalam satu gajet sahaja dan gajet itu adalah IRIS yang merupakan sebuah gajet masa hadapan untuk gajet perkomputeran peribadi(personal computing device). Untuk melihat lebih lanjut bagaimana IRIS ini berfungsi, bolehlah melihat video di bawah ini.

IRIS boleh boleh berubah menjadi apa sahaja mengikut keperluan kita sama ada menjadi jam tangan, jam penggera,telefon,e-pembaca(e-reader),pc tablet, ataupun alat permainan.Apa yang anda perlu lakukan cuma menarik keluar hujung skrin yang fleksible. Apa yang menarik selain daripada fungsinya yang pelbagai adalah tujuan gajet ini dicipta iaitu untuk mengurangkan pengunaan pelbagai gajet untuk fungsi-fungsi tertentu seperti telefon, jam dan komputer peribadi. Kita dapat lihat suatu masa akan datang gajet seperti telefon pintar,tablet, dan lain-lain akan berevolusi dari masa ke semasa, pasti akan tiba suatu masa di mana gajet-gajet berkenaan bergabung menjadi satu disamping masih mengekalkan konsep 'mudah di bawa ke mana-mana'.


Sumber...

Seagate GoFlex Desk: External HD 3TB Pertama Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

External 3TB sudah lama berada di pasaran cuma di Malaysia ini amat jarang atau tidak pernah kita lihat kedai komputer menjualnya. Yang hanya kita lihat adalah yang bersaiz 2TB yang kini sedang laku seperti pisang goreng. Tidak dinafikan keperluan penyimpanan data sekarang adalah amat penting terutamanya kepada mereka yang kaki download filem, drama dan juga 'PC game'. Kebanyakan filem dan drama sudah beralih arah kepada format HD di mana saiz untuk sebuah filem yang mempunyai kualiti 720p untuk jangka masa sejam boleh mencecah sehingga ke 5GB. Begitu juga halnya kepada 'PC game' sekarang yang datang dalam saiz yang besar, ada yang bersaiz 4GB dan yang paling besar yang pernah penulis jumpa adalah 20GB untuk sebuah 'game'.

Dari situasi tersebut kita dapat melihat keperluan untuk penyimpanan sekarang adalah amat penting. Jadi pada 29 Jun 2010,Seagate pun menjadi pelopor dalam pengeluaran 'external hard disk' yang bersaiz 3TB apabila mereka mengeluarkan GoFlex in. Ini merupakan impian para 'downloader' di luar sana dan tidak lupa juga kepada mereka yang suka menyimpan fail-fail daripada memadamnya. Namun bagi sistem yang masih menggunakan 32bit seperti Windows XP-32bit,Linux-32bit, dan tidak lupa juga Mac OS, ia tidak mampu menyokong hard disk yang sebesar 3TB dan hanya mampu menyokong yang bersaiz 2.2TB.

GoFlex ini datang dengan dua cara penyambungan yang berbeza untuk setiap pembelian iaitu salah satunya menggunakan USB 3.0 dan satu lagi menggunakan USB2.0/firewire. Apa yang menariknya mengenai hard disk ini adalah kemampuannya untuk menukar penyambungnya sama ada ingin menggunakan USB 3.0 ataupun USB2.0/firewire. Namun penyambung ini datang dalam pembelian yang berbeza. Harga bagi GoFlex 3TB ini adalah $229.99 ataupun diringkaskan kepada ringgit adalah RM 696.16l. Jika anda ingin menambahkan kapasiti hard disk anda maka anda bolehlah membelinya di sini.

Rupa belakang yang menampakkan 'power supply' dan juga penyambung USB 2.0

Lampu yang menunjukkan kapasiti yang telah digunakan dalam hard disk

Triton AX Pro: Headphone Dari Mad Catz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Mad Catz merupakan sebuah kompeni yang tidak calang-calang lagi dalam pengeluaran aksesori permainan di pelantar yang berbeza sama ada PS3 ,Xbox 360 ataupun PC/Mac. Baru-baru ini mereka melancar sebuah lagi aksesori iaitu headphone yang bernama Triton AX Pro yang boleh disasarkan untuk pengguna Xbox 360, PS3 dan juga PC/Mac. Apa yang menariknya mengenai aksesori ini adalah ia mampu menghasilkan audio Dolby Digital 5.1 ataupun lebih kita kenali sebagai Dolby Surround 5.1 yang selalu kita lihat iklannya ketika kita menonton di pawagam.

Sememangnya memiliki aksesori ini adalah sesuatu pengalaman yang menarik kerana kualiti audio yang dihasilkan. Bukan sahaja untuk 'gamer' malahan mereka yang berminat dengan sistem audio juga ingin memilikinya. Kemampuannya menghasilkan audio sedemikian rupa adalah hasil daripada gabungan 8 buah 'speaker' di dalam headphone ini dimana disetiap sebelahnya menempatkan 4 buah 'speaker'. Sememangnya bunyi yang dihasilkan adalah terbaik dari ladang. 4 'speaker' itu adalah terdiri daripada 'speaker' hadapan, 'speakeri tepi, 'speaker' tengah, dan juga subwoofer. Ya, Subwoofer. Ia bakal menghasilkan bunyi bass yang mantap sekali.

Dengan adanya headphone ini anda tidak lagi perlukan speaker yang besar-besar untuk menghasilkan audio yang berkualiti. Cukuplah dengan memiliki aksesori ini anda mampu mendapat hasil audio yang setanding dengan speaker yang biasa. Ia bakal menjadi milik anda dengan harga £149.99 ataupun RM 727.01. Harganya memang mahal tapi ia merupakan pembelian yang berbaloi kerana setakat ini tiada lagi headphone sebegini rupa di jual di pasaran. Hanya Mad Catz sahaja satu-satunya pengeluar headphone yang mempunyai 8 buah speaker. Bagi yang memang berminat untuk membelinya, bolehlah klik di sini.


Alat kawalan audio ini menyala ketia dalam keadaan gelap membolehkan pemiliknya mengubah 'setting' untuk setiap speaker;front,rear,subwoofer,center


4 buah speaker di dalam sebelah headphone

Thursday, March 24, 2011

Kodak Zi8:Perakam Video Mini HD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Seperti gambar diatas,saiznya yang kecil dan kemampuannya merakam dalam format kualiti HD mejadikan ia kelebihan kepada Kodak Zi8. Kodak merupakan sebuah syarikat yang sudah lama bertapak di dunia. Kita biasa mengenalinya melalui filem kamera yang dijual pada zaman kita kecil-kecil dulu. Perakam ini mampu merakam kualiti video 720p dan 1080p serta dalam format WVGA H264.mov. Kualiti yang dirakamnya adalah baik seperti video di bawah yang dirakam sendiri oleh pengguna Zi8.

Spefikasi yang terdapa dalam perakam ini adalah ia memiliki kamera 5MP, skrin LCD berwarna bersaiz 2.5 inci, mampu menggunakan HDMI untuk paparan video HD terus ke monitor ataupun televisyen, mampu memuatkan 32 GB SDHC/SD kad memori, serta kebolehan untuk merakam audio dalam stereo dengan menggunakan mikrofon jack yang telah disediakan.

Menurut para pengguna Zi8, perakam ini amat mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan membolehkan merakam apa-apa sahaja walau di mana jua berada. Selain itu, ia tahan lasak, senang digunakan, dan reka bentuknya yang ringkas.

Untuk pengetahuan, perakam ini mampu merakam selama 20 minit per 1GB untuk kualiti video 720p dengan 30 fps. Jadi bagi mereka yang gemarkan video HD dan seorang Youtube blogger, kualiti yang diberikan daripada Kodak ini amatlah mengancam. Untuk 720p, ia mampu merakam sehingga 60fps manakala untuk 1080p adalah 30 fps.


Saiz sememangnya kecil

Rupa kamera perakam Zi8

Reka bentuk belakang

Memiliki sambungan USB untuk memudahkan pemindahan video terus ke komputer.

Reka bentuknya yang ringkas memudahkannya untuk digunakan

Hasil rakaman dalam kualiti 720p.



Sumber.....

Xbox 360 USB Dari Sandisk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Gajet USB ini merupakan satu jalan peyelesaian bagi mereka yang mahu 'save game' mereka mudah di bawa kemana-mana untuk dimainkan dikonsol Xbox 30 yang lain. Bagi mereka yang tidak memiliki gajet ini atau baik pendrive ini, mereka hanya mampu menyimpan 'save game' mereka di dalam HDD Xbox 360 dan kalau pun boleh di pindahkan ke pendrive yang lain ia memerlukan masa yang lama kerana anda mungkin harus mengubah pendrive berkenaan kepada format yang boleh dibaca oleh Xbox 360.

Dengan adanya gajet ini anda tidak lagi perlu format segala kerana ia memang siap sedia untuk digunakan di Xbox 360. Jadi apa yang perlu anda lakukan hanyalah sambungkan sahaja di Xbox 360 dan terus gunakannya.Ia terdapat dalam 2 saiz memori yang berbeza iaitu 8GB dan 16 GB. Anda juga boleh menyimpan profil Xbox 360 di dalam gajet USB ini dan ia juga termasuklah avatar anda. Selain itu juga ,ia mampu menyimpan DLC(downloadable content) permainan anda. Ini membolehkan anda berkongsi dengan mudah dengan rakan-rakan lain yang memiliki konsol Xbox 360. Bagi yang berminat anda bolehlah menempahnya disini.

Tuesday, March 22, 2011

Cellulon evoMouse:Evolusi Baru Tetikus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Tentu anda keliru kan bila melihat gambar di atas bukan...??? Adakah ia sebuah tetikus atau cuma sebuah permainan kanak-kanak yang mempunyai dua mata menyala...?? Sukacitanya saya maklumkan yang ia merupakan sebuah tetikus. Seperti tajuk artikel ini, ia merupakan sebuah tetikus yang bakal merevolusikan cara penggunaan tetikus secara keseluruhan.Gajet ini merupakan satu rekaan yang futuristik seperti yang kita lihat dalam filem-filem sci-fi di mana apabila mereka menggunakan komputer, mereka hanya menggerakkan dengan menggunakan jari.

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi bagaimana tetikus ini berfungsi anda bolehlah melihat video di bawah. Seperti yang anda lihat di dalam video di bawah, ia menggunakan jari-jemari anda sebagai penunjuk(pointer) dan tiada lagi mengerakkan tetikus secara manual seperti yang kita lakukan sekarang. Ia senang dan mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan sahaja gajet yang kelihatan seperti permainan di atas permukaan yang rata dan sambungkannya kepada komputer anda sama ada melalui USB ataupun Bluetooth. Ia cuma menggunakan ruang yang kecil sahaja jadi anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja asalkan permukaannya rata.

Anda masih boleh menggunakan fungsi asas tetikus seperti mengawal penunjuk(cursor), klik dan pilih,'double click', dan juga fungsi 'drag'. Selain itu , EvoMouse juga memiliki fungsi sesentuh pelbagai guna(multi-touch functionality) seperti skrol, memutar(rotate),zoom,'forward' dan juga 'backward'. Malah mampu mengenal tulisan tangan anda.

EvoMouse ini menggunakan pergerakan semulajadi tangan anda dan tidak menggunakan sebarang objek fizikal untuk berfungsi sekaligus mampu mengurangkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome.

Khabar angin ada mengatakan bahawa EvoMouse ini akan berada di pasaran pada bulan April dengan harga $99. Di harapkan khabar angin ini betul kerana penulis sendiri mungkin akan membelinya.


EvoMouse:Tetikus yang tidak kelihatan seperti tetikus biasa


Rekaan asal EvoMouse yang dipamerkan di CES 2010

Virtual Keyboard yang cool,mungkinkah salah satu ciri yang terdapat dalam EvoMouse ini.


Sumber......

Monday, March 21, 2011

iWallet: Dompet Serba Canggih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Dompet yang canggih ini adalah khusus bagi mereka yang selalu risaukan dompet mereka.Iyalah, sejak akhir-akhir ini banyak sahaja kecurian berlaku khususnya yang melibatkan dompet. Dompet biasa yang senang terdedah kepada penculik saku kerana ia mudah, dapat sahaja dompet itu maka bolehlah melihat habuannya. Tapi itu tidak akan berlaku kepada iWallet ini kerana ia dilengkapai deengan pengimbas cap jari di mana hanya tuan punya iWallet sahaja yang boleh membukanya.

Jikalau pencuri atau penyeluk saku berjaya mendapatkan dompet ini maka perkara pertama yang mereka rungsingkan adalah bagaimana hendak membuka dompet ini. Dompet ini tidak akan terbuka tanpa kehadiran cap jari pemiliknya. Apabila pencuri itu berputus asa, maka ada dua pilihan sama ada di buangnya di mana-mana tempat atau dibagi kepada temannya yang lain. Tapi baik kita anggap sahaja pencuri ini buang di mana-mana tempat yang mudah dicari supaya pemiliknya senang mencari semula dompetnya, kita harus fikir yang positif.

Ya selain daripada teknologi biometrik iaitu teknologi yang digunakan untuk mengimbas cap jari, dompet ini juga diperbuat daripada karbon fiber untuk meningkatkan lagi keselamatan barang-barang yang terdapat dalam dompet. Dengan adanya karbon fiber, jatuh macam mana sekalipun, 10 tingkat atau 30 tingkat ka, barang anda akan masih terjaga. Jikat anda tidak gemarkan karbon fiber anda juga boleh memilih untuk memiliki dompet yang diperbuat daripada fiberglass ataupun polycarbonate.

Selain itu, dompet ini juga mempunyai kebolehan Bluetooth dimana ia digunakan bersama-sama dengan telefon bimbit anda dimana apabila dompet anda berjauhan sejauh 10- 40 kaki daripada telefon bimbit anda, dompet tersebut akan mengeluarkan bunyi penggera sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan kecurian dompet berkenaan. Canggih bukan ?

Rupa dalaman iWallet

iWallet yang diperbuat daripada fiberglass

iWallet daripada karbon fiber

Sumber.....

Friday, March 18, 2011

TwitterPeek Khusus Untuk Twitterian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Ya, seperti namanya, TwitterPeek adalah sebuah gajet komunikasi khas untuk Twitter. Sekarang hampir setiap orang mempunyai twitter walaupun ia tidak sepopular Facebook di sini. namun bagi mereka yang memandang serius mengenai Twitter dan menjadikannya sebagai rutin seharian maka gajet ini sememangnya bersesuaian dengan anda. Ia mudah kerana fungsinya yang hanya untuk 'tweeting' tidak akan memeningkan kepala anda kerana apa yang anda perlu buat hanya taip sahaja apa yang anda nak 'tweet' dan ia akan hantar dengan serta merta. Berbanding dengan telefon pintar yang membolehkan anda untuk twitter,namun masanya yang sedikit lama untuk 'update' status twitter anda kerana bukan itu sahaja yang perlu dihantar melalui telefon pintar berkenaan namun data lain seperti maklumat penggunaan telefon daripada pembekal telekomunikasi atau data untuk penggunaan internet. Sifat telefon pintar yang 'multi-tasking' menyebabkan penghantaran tweet menjadi lewat.

Jadi bagi mereka yang mementingkan kelajuan dan 'update' yang serta merta,TwitterPeek mungkin menjadi pilihan anda. Salah satu ciri-ciri yang menarik ialah kekunci QWERTY boleh bernyala di dalam gelap membolehkan anda meneruskan 'tweeting' biarpun anda dalam kegelapan.Jika anda berminat ia boleh didapati disini.


Kini 'tweeting' telah menjadi mudah


Rekaannya di reka untuk memudahkan tweeting

Monday, March 14, 2011

Teleskop Khas Untuk iPhone 3/3GS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Kita tahu iPhone ada macam-macam gajet tambahan yang sememangnya pelik dan membuatkan anda terfikir sejauh mana gajet ini berguna kepada iPhone berkenaan. Sememangnya gajet teleskop ini tergolong dalam kategori yang disebutkan tadi. Bagi mereka yang bosan dengan zoom yang tak seberapa jauh dari iPhone iaitu hanya mampu zoom beberapa meter sahaja, maka alat ini mungkin menjadi pilihan anda kerana kebolehannya untuk zoom sejauh 6x ganda daripada biasa.

Ketika anda duduk terlalu jauh ketika menonton konsert dan nak juga merakam konsert berkenaan biarpun anda tahu yang ia hanya mampu merakam video dengan kualiti yang teruk dimana gambarnya tidak jelas kerana telah di zoom habis. Anda tidak perlu risau lagi kerana apa yang anda perlukan hanyalah pasangkan teleskop ini pada iPhone anda. Dengan itu anda mampu merakamnya dengan puas hati. Tiada lagi kelibat-kelibat yang tidak dikenalpasti dirakam dalam video anda. Semua jelas dan terang seperti anda memiliki sebuah camcorder.

Adakah gajet ini mampu digunakan di telefon lain...? Maaflah, gajet ini khas untuk iPhone sahaja.Bagi yang berminat gajet ini, apa yang anda perlukan ialah sebuah iPhone. Namun adakah gajet ini berbaloi..??? "Well, it is depend on the situation", kata-kata yang mungkin dikeluarkan oleh pembeli gajet ini.


Pandangan hadapan iPhone apabila teleskop ini dipasang


Setiap pembelian akan disertakan casing khas untuk memudahkan pemasangan teleskop dan juga teleskop


Jika berminat anda boleh membelinya di sini.....

Saturday, March 12, 2011

GoPad: Mini Game Controller

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Gajet ini adalah keluaran daripada ION Audio. Setiap pembelian daripada gajet ini anda akan medapat game klasik dari Atari iaitu Asteroids. Asteroids satu masa dulu pada tahun 80-an merupakan game yang popular. 'Game'nya yang senang di mana anda perlu menembak asteroid yang ada di skrin sambil mengelak daripada terlanggar dengannya.

Gajet ini memang sangat kecil sebesar tapak tangan dan boleh dilipat. Ia membuatkannya mudah disimpan di mana-mana sahaja termasuklah di dalam poket anda. Kemungkinan saiznya yang kecil akan membuatkan anda susah untuk mencarinya jikalau hilang, jadi untuk mengelakkan itu daripada berlaku apa yang anda perlu buat adalah cuma selalulah letak ia disamping anda. Gerenti tidak akan hilang.

GoPad boleh digunakan untuk semua game. Bayangkan GoPad digunakan untuk bermain Pro Evolution Soccer(PES) atau Street Fighter 4, mesti 'best'kan sebab saiznya yang terlalu mini daripada game controller yang biasa kita guna.


GoPad:Gaming On The Go(Bermain Ketika Bergerak)


Siap boleh lipat lagi tu....Memang senang

Wednesday, March 9, 2011

Pembekal Kuasa USB Mudah Alih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Gajet ni selain befungsi sebagai keychain, dia juga boleh digunakan sebagai sebagai pembekal kuasa(power supply). Sekarang ni, kebanyakan alat elektronik yang kita pakai sekarang cepat je habis bateri dia. Ini disebabkan penggunaannya sebahagian daripada kehidupan kita. Setiap masa kita nak update status kat facebook, nak bagitau apa kita buat kat twitter dan melayari internet untuk mencari jalan kerana sesat. Situasi yang disebut tadi selalu berlaku kepada pengguna telefon pintar. Ya, telefon semakin canggih, fungsinya semakin bertambah , maka bateri pun cepat habis sebab kekerapan penggunaanya.



Jadi pembekal kuasa USB ini merupakan penyelesaian kepada bateri yang cepat habis. Kalau bateri dah nak habis,cas sahaja dengan gajet ini walau di mana jua anda berada. Saiznya yang kecil sehingga boleh dijadikan keychain menunjukkan yang ia mudah di bawa ke mana sahaja. Kalau anda tidak gunakannya sebagai charger pun takpa kerana ia mampu menyimpan kuasa elektrik selama 3 bulan lamanya.


Saiznya sekecil tapak tangan
Bagi mereka yang berminat bolehlah menempahnya disini dengan harga $19.99 ataupun RM60.64.

X1-Chameleon:Tetikus Pelbagai Guna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Tetikus ni memang banyak fungsi dia. Boleh digunakan sebagai tetikus biasa, game controller, malah boleh guna sebagai alat kawalan jauh(remote control). Serius, mereka yang cipta ni mesti seorang yang suka multitasking tidak kira apa yang dia buat hatta sekali pun berhadapan dengan tetikus. Tentu dia bosan tengok tetikus yang mempunyai satu fungsi sahaja. So, sebab dia seorang yang mutitasking maka tercetuslah idea untuk menghasilkan tetikus ini.

Rekaan dia memang menunjukkan ciri-ciri sebuah tetikus tetapi apa yang kreatifnya, apabila diterbalikkan tetikus tersebut, anda akan dapat sebuah game controller. Adakah selesa jika menggunakannya untuk bermain game...? Mungkin ia sesuai bagi mereka yang bermain untuk suka-suka sahaja. Jika bermain untuk memecah rekod game mungkin tidak sesuai sebab keadaan yang tidak seberapa selesa jika dipegang.Tetikus ini menggunakan wireless 2.4Ghz serta mampu sensor optikal yang boleh diubah suai sehingga 1600 dpi.
Bagi mereka yang gemarkan senantiasa dalam keadaan multitasking seperti mendengar lagu dan menonton sambil menyiapkan assignment atau suka buka bebanyak tab dalam browser maka tetikus ini patut anda miliki sebagai menunjukkan anda seorang mutitasking tegar.