Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Setakat ini tidak terdapat laptop yang dibuat khas untuk golongan kurang upaya. Namun ia akan berubah apabila Tobii Technology memperkenalkan laptop dengan kawalan mata.Ia masih dalam proses prototaip dengan kerjasama Lenovo dari China. Laptop ini bakal diperkenalkan pada umum di CeBIT yang akan berlangsung di Jerman pada 1-5 Mac.
Lenovo adalah merupakan pengeluar laptop ke-4 terbesar dunia dan ia akan menjadi kebanggaan mereka apabila mereka bakal megeluarkan laptop dengan kawalan mata pertama dunia. Tobii Technology bakal menjadikan laptop ini sebagai batu loncatan dalam memperkenalkan teknologi kawalan mata ini kepada dunia di samping berharap ia bakal digunakan di pelbagai produk yang lain selain daripada laptop.
No comments:
Post a Comment