Monday, March 7, 2011

Speaker kamera USB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Mat Salleh ni memang serius kreatif. Bolehlah pulak dorang terpikir nak buat speaker dengan body sebijik macam kamera. Sekali imbas gambar diatas nampak macam sebuah kamera DSLR yang mahal namun yang sbenarnya ia adalah hanya sebuah speaker. Sekarang ni kamera DSLR telah menjadi trend terutamanya kat Malaysia. Tak kira ke mana kita pergi pasti kita akan terserempak dengan mereka membawa kamera DSLR tergantung di leher atau beg kamera yang besar.

Jadi untuk mereka yang sememangnya kaki fotografi, mungkin gajet ini boleh dijadikan koleksi anda. Kalau anda memerlukan speaker maka gunalah gajet ini. Kalau anda tidak gunakannya untuk tujuan yang sebenarnya iaitu sebagai speaker, anda juga boleh gunakannya sebagai kamera olok-olok. Bagi mereka yang tidak mampu membeli kamera DSLR yang sebenar kerana harganya yang mahal, maka kamera ini menjadi pilihan anda untuk memuaskan hati anda. Anda boleh membawanya kemana sahaja dan berlagaklah seperti ia sebuah kamera yang sebenarnya. Tapi jangan sahaja kantoi. Malu beb..

Spefikasi kamera ini adalah ia memiliki 3.5mm jack audio, mampu membaca pelbagai jenis kad seperti MMC,USB pendrive dan pelbagai kad lain. kalau anda membawanya ke mana-mana maka anda perlukan 4 biji bateri AA untuk membolehkan ia berfungsi dan jika anda ingin jadikan ia sebuah speaker untuk CPU anda, USB akan digunakan untuk menarik power dari CPU anda.


Nak tahu speaker kat mana..?? Kat lensa tu lah speaker dia


Pelbagai jenis media boleh digunakan di speaker ini


4 bateri AA diperlukan kalau anda tidak menggunakan power dari CPU

No comments:

Post a Comment