Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Gajet USB ini mungkin asing bagi kita, namun bagi mat salleh gajet ini boleh dikatakan old school stuff. Namun kerana ke'old school'annya DreamCheeky telah meng'upgrade'kannya kepada Pelancar Misil USB Gen. Baru.
Berbanding dengan versi yang lama, jarak dia boleh di'launch' adalah dekat berbanding dengan versi baru ini DreamCheeky mendakwa ia boleh ditembak dalam jarak 25 inci. Agak jauh jugaklah tu. Kalau nak tembak rakan sekerja yang duduk di hadapan kita mungkin bolehlah. Bagi mereka yang bosan di dalam pejabat atau gemar mengenakan member office yang lain maka gajet ini mungkin bertepatan dengan citarasa anda.
Setiap pembelian akan disertakan dengan 4 Foam Misil. Cara nak kawalgajet ni senang je. Sama ada menggunakan mouse ataupun dengan menggunakan keyboard ataupun kedua-duanya serentak, itupun kalau bolehlah.


No comments:
Post a Comment