Wednesday, April 20, 2011

Nike+SportWatch: Jam Sukan BerGPS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Jam tangan sukan ini adalah salah satu produk daripada Nike dan yang menariknya ia berkerjasama dengan gergasi navigasi iaitu TomTom. Jam ini direka untuk mereka yang gemarkan berjogging dan suka menyimpan maklumat jogging mereka seperti berapa lama mereka berlari untuk satu masa, jumlah masa mereka telah berlari, jarak yang dilalui untuk hari-hari tertentu, dan jumlah jarak keseluruhan. Dengan gajet ini mereka juga boleh menyimpan maklumat di manakah mereka telah berlari dan menunjukkan di manakah larian mereka buat.

GUI(graphical user interface) yang ringkas memudahkan pemiliknya untuk menggunakannya. Ia mempunyai tiga butang dimana dua butang pertama untuk gerakkan menu keatas atau kebawah dan butang kuning untuk pilih menu. LCD juga memainkan peranan penting dimana apabila disentuh ia akan memaparkan maklumat dan juga sebagai petanda untuk setiap pusingan yang telah lalui. Gajet ini juga boleh digabungkan dengan Nike+ footpod untuk mendapatkan signal GPS yang lebih kuat.

Seperti produk Nike+ yang lain, ia menyimpan data di server Nike itu sendiri. Ini bermakna setiap kali anda ingin menyimpan data, anda haruslah mempunyai sambungan internet terlebih dahulu. Maklumat anda boleh juga dikongsi dengan ahli yang lain. Ia menggunakan sambungan USB untuk menyambungan ke PC atau MAC anda. Sambungan USBnya agak unik kerana terletak di hujung jam tangan terseebut. Melalui USB juga gajet ini dicas. Gajet ini mampu bertahan selama 8 jam apabila digunakan untuk berlari dan 50 hari apabila ia digunakan sebagai sebuah jam tangan.Harga untuk sebuah Nike+ Sportwatch ini adalah $199 atau RM 600.00.

Paparan untuk Nike+ Route

Paparan untuk Nike+ Beta Map

Sebahagian daripada paparan Nike+ Beta Map yang menunjukkan ketinggian, maklumat untuk setiap pusingan

Menu yang terdapat dalam Nike+ Sportwatch

Sambungan USB dihujung 'strap' gajet ini

Apabila USB tidak digunakan

3 butang yang terdapat dalam gajet ini

Logo TomTom, yang bertanggunjawap terhadap GPS dalam Nike+ Sportwatch

Apabila tidak digunakan untuk berlari, ia adalah jam tangan yang biasa

Lagi menu pilihan yang boleh dipilih oleh pengguna


Wednesday, April 6, 2011

GoFLex Slim: Pemacu Keras Mudah Alih Ternipis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Sekali lagi Seagate membawa kelainan dalam produk mereka dengan mengeluarkan sebuah pemacu keras mudah alih yang paling nipis sekali, lebih nipis daripada telefon pintar yang nipis yang ada di pasaran. Saiznya yang nipis membolehkan ia dimasukkan dalam mana-mana poket sehingga 2-3 buah boleh dimuatkan sekaligus.

Pemacu keras ini menyokong penggunaan USB 3.0, mempunyai 7200 RPM (rotation per minute) di mana semakin laju putaran tersebut, semakin cepat data untuk diakses. Saiz fizikal gajet ini adalah setebal 9mm dan ia sememangnya nipis. Untuk ukuran sepenuhnya adalah 4.91- x 3.07- x 0.354-inci dan ia seberat 0.356 paun atau 0.161 kg. Saiznya yang ringan membolehkan mereka yang selalu merungut mengenai betapa beratnya pemacu keras mudah alih terdiam. Gajet ini boleh menggunakan USB 2.0 atau 3.0 dengan bantuan GoFlex yang sememangnya satu kewajipan dalam setiap siri keluaran GoFlex dari Seagate.Setakat ini ia hanya boleh didapati dengan saiz 320 GB.

GoFlex yang digunakan untuk GoFlex Slim

GoFlex yang sememangnya digunakan bersama-sama pemacu kerasnya
GoFlex Slim lebih nipis daripada telefon pintar yang terdapat di pasaran

Sumber...

Pioneer SE-NC31C-K:' Earphone' yg Memiliki Teknologi 'Sound Canceling'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Fungsi 'earphone' hanyalah sebuah gajet yang berfungsi sebagai penghubung audio antara gajet muzik dengan telinga anda. Tidak kisahlah kalau anda masih boleh mendengar orang lain bercakap atau deruan enjin yang di dengar dari luar, kita tidak akan dapat menikmati kualiti audio yang terbaik daripada sebuah 'earphone' biasa berbanding dengan 'headphone'. Namun, semua itu akan berlalu dengan Pioneer SE-NC31C-K iaitu sebuah 'earphone' yang memiliki teknologi 'sound canceling'.

'Earphone' ini mampu membatal bunyi di persekitaran anda sehingga 90 %(yang berukuran sehingga 300hz), membolehkan anda menghayati muzik anda dengan lebih mendalam. Mikrofon yang terdapat pada kedua-dua belah 'earphone' ini digunakan untuk menangkap bunyi persekitran . Kemudian, 'earphone' ini akan menghasil bunyi dengan amplitud yang sama tapi berbeza fasa isyarat dari bunyi persekitaran yang ditangkap tadi dan menggabungkan kedua-duanya untuk membatalkan bunyi persekitaran. ia lebih kurang macam pensil dengan pemadam dimana pensil adalah bunyi persekitaran anda dan pemadam adalah bunyi yang dihasilkan dari 'earphone'.

Gajet ini juga dilengkapi dengan fungsi 'monitor' dimana muzik akan disenyapkan dan 'sound canceling' akan ditutup untuk membolehkan anda mendengar bunyi persekitaran anda dari 'earphone' ini.

Gajet ini juga memiliki 14.2mm 'driver' di mana ia amat besar untuk hanya sebuah 'earphone'. Dengan 14.2mm 'driver', gajet ini boleh digunakan di mana-mana penyambung audio yang ada tidak kira untuk kegunaan profesional atau pun hanya untuk sekadar mendengar lagu. Ia sangat fleksible dan mudah di bawa kemana-mana untuk 'driver' sebesar ini.

Bateri digunakan untuk gajet ini iaitu sebiji bateri AAA. Ia digunakan untuk fungsi 'sound canceling'. Walaupun ia menggunakan bateri, ia mampu bertahan selama 120 jam untuk memberikan anda kualiti audio yang terbaik.

Gajet ini bakal di jual pada harga $99 atau RM300.Untuk maklumat lanjut bolehlah melawat ke Pioneer.

Sumber....

Monday, April 4, 2011

Panasonic 100GB BD-RE XL Disk: Yang Pertama Di Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Apa yang pertama di dunia....? Disk ini merupakan disk pertama di dunia yang yang boleh disalin semula(rewritable) yang mempunyai kapasiti sebesar 100GB. Seperti pelopor dalam pembangunan media, disk ini datangnya daripada Jepun. Di mana mereka jugalah memperkenalkan VHS, CD,DVD, dan juga Blu-Ray(BR) disk. Ini juga merupakan sebuah BR disk namun dalam kategori BDXL ataupun nama panjangnya 'Blu-Ray Disk Extra Large'. Bersesuaian dengan 'Extra Large' ia mampu menyimpan data sebanyak 100GB. Syarikat yang mengeluarkan BR disk ini adalah Panasonic. Menurut mereka, disk ini menggunakan 3 layer untuk menyimpan data. Untuk pengetahuan anda, model untuk BR disk ini adalah LM-BE100J. Setakat ini hanya 2 pengeluar burner yang boleh menyalin data ke dalam disk ini, mereka adalah Pioneer dan Buffalo. Jadi bagi mereka yang berminat untuk membelinya haruslah memeriksa spefikasi perkakasan masing-masing. Buat masa ini, disk ini akan mula dijual di Jepun pada 15 April 2011 dan dengan harga 10,000 Yen atau Rm 360.35. Dengan harga berkenaan anda sebenarnya boleh mendapat sebuah 'external hard disk 3.5' 2TB'. Berbaloi atau tidak pembelian disk ini, terpulang kepada anda. Jika anda boleh membaca bahasa Jepun, bolehlah klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber....

Sunday, April 3, 2011

Midnight/Shot NV-1:Ambil Gambar Dalam Gelap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Mengambil gambar dalam keadaan di mana pencahayaan yang kurang adalah satu cabaran kerana hanya sesetengah kamera sahaja yang mampu melakukannya dengan ISO yang tinggi. Namun kualiti yang dihasilkan tidaklah sejelas mana kecuali 'flash' dihidupkan. Namun ada sebuah kamera yang boleh mengambil gambar dalam keadaan seperti di atas malah lebih dari itu, ia boleh mengambil gambar dalam keadaan yang gelap gelita. Kamera tersebut adalah Midnight/Shot NV-1. Gambar yang diambil oleh kamera ini amat jelas kerana ia menggunakan cahaya daripada Infra Red. Kamera ini boleh digunakan dalam 2 cara iaitu standard fotografi dan 'Infra Red night-shot mode'. Gambar yang ditangkap adalah dalam format Jpeg dan mampu menangkap gambar sehingga ke 5MP. Ingin diberitahu,dengan Infra Red kamera ini juga mampu mengambil gambar menembusi kain dan bahan lain. Tapi janganlah ambil gambar untuk tujuan yang negatif. Bagi ibu bapa, kamera ini mungkin dapat membantu mereka memeriksa kandungan dalam beg anak mereka yang kekadang menyimpan barang yang tidak sepatutnya. Biasanya anak mereka mengaku bahawa kandungan beg mereka hanyalah buku-buku, namun ibu bapa kurang sedar yang anak mereka membawa barangan yang tidak sepatutnya ke dalam beg mereka. Apa barang yang tidak sepatutnya itu..?? Itu penulis biarkan imaginasi anda memikirkannya. Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendapatkannya dengan harga $ 129.99 atau RM 393.00 di ThinkGeek.com .Untuk pengetahuan lebih lanjut bolehlah rujuk sumber di bawah.

Gambar yang diambil menggunakan night-mode

Perbandingan antara ketika menggunakan 'night vision' atau tidak