Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Alat kawalan jauh yang biasa kita tengok adalah sebuah alat segi empat panjang di mana ia mempunyai banyak butang dengan pelbagai fungsi. Ada yangdi gunakan untuk menukar siaran, menukar kekuatan suara, dan pelbagai fungsi lagi yang saya sendiri pun tidak tahu. Dari dulu sampai sekarang rekaan alat kawalan jauh tidak pernah berubah. Ia masih lagi dengan bentuk segi empatnya. Apa yang berubah jika dibandingkan dengan alat kawalan jauh dulu dan sekarang adalah jumlah butangnya semakin bertambah. Ia membuatkan anda dan saya bingung memikirkan fungsi setiap butang di alat kawalan jauh tersebut. Last-last yang kita tahu hanyalah butang untuk tukar siaran, suara , dan butang untuk tukar mod TV ke mod video.
Sehubungan dengan itu, satu alat kawalan jauh sememangnya jauh dari kebiasaan telah dicipta. Ia dipanggil Kymera Magic Wand. Ya, gambar di atas merupakan sebuah alat kawalan jauh dan bukannya kayu magik dari Harry Potter. Apa yang magiknya mengenai alat ini adalah cara penggunaannya. Kalau alat kawalan yang biasa akan menggunakan butang untuk berfungsi tetapi lain pula untuk alat yang magik ini. Kalau andan ingin menukar siaran anda hanya perlu menggerakkannya ke atas atau ke bawah seperti yang biasa kita lihat dalam Harry Potter. Jika suara TV anda terlalu kuat maka apa yang anda perlu lakukan hanya memutar kayu magik tersebut ke arah putaran jam. Menarik bukan..? Kayu magik ini datang dengan 13 fungsi magik yang berbeza dan seperti alat kawalan jauh yang lain kayu sakti ini menggunakan bateri dan bukannya menggunakan kuasa magik. Nampaknya tidak semua magik dalam kayu magik ini bukan...???
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkannya di Think Geek dengan harga $88.99.

No comments:
Post a Comment