Mad Catz merupakan sebuah kompeni yang tidak calang-calang lagi dalam pengeluaran aksesori permainan di pelantar yang berbeza sama ada PS3 ,Xbox 360 ataupun PC/Mac. Baru-baru ini mereka melancar sebuah lagi aksesori iaitu headphone yang bernama Triton AX Pro yang boleh disasarkan untuk pengguna Xbox 360, PS3 dan juga PC/Mac. Apa yang menariknya mengenai aksesori ini adalah ia mampu menghasilkan audio Dolby Digital 5.1 ataupun lebih kita kenali sebagai Dolby Surround 5.1 yang selalu kita lihat iklannya ketika kita menonton di pawagam.
Sememangnya memiliki aksesori ini adalah sesuatu pengalaman yang menarik kerana kualiti audio yang dihasilkan. Bukan sahaja untuk 'gamer' malahan mereka yang berminat dengan sistem audio juga ingin memilikinya. Kemampuannya menghasilkan audio sedemikian rupa adalah hasil daripada gabungan 8 buah 'speaker' di dalam headphone ini dimana disetiap sebelahnya menempatkan 4 buah 'speaker'. Sememangnya bunyi yang dihasilkan adalah terbaik dari ladang. 4 'speaker' itu adalah terdiri daripada 'speaker' hadapan, 'speakeri tepi, 'speaker' tengah, dan juga subwoofer. Ya, Subwoofer. Ia bakal menghasilkan bunyi bass yang mantap sekali.
Dengan adanya headphone ini anda tidak lagi perlukan speaker yang besar-besar untuk menghasilkan audio yang berkualiti. Cukuplah dengan memiliki aksesori ini anda mampu mendapat hasil audio yang setanding dengan speaker yang biasa. Ia bakal menjadi milik anda dengan harga £149.99 ataupun RM 727.01. Harganya memang mahal tapi ia merupakan pembelian yang berbaloi kerana setakat ini tiada lagi headphone sebegini rupa di jual di pasaran. Hanya Mad Catz sahaja satu-satunya pengeluar headphone yang mempunyai 8 buah speaker. Bagi yang memang berminat untuk membelinya, bolehlah klik di sini.
Alat kawalan audio ini menyala ketia dalam keadaan gelap membolehkan pemiliknya mengubah 'setting' untuk setiap speaker;front,rear,subwoofer,center

4 buah speaker di dalam sebelah headphone


No comments:
Post a Comment