Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Satu lagi produk khas untuk iPhone yang mengkhususkan kepada meningkatkan keupayaan kamera iPhone. Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan kamera yang ditawarkan oleh iPhone oleh sebab itu mereka membuat sendiri gajet tambahan ini. Sebelum ini, blog ini ada juga mengulas mengenai gajet tambahan untuk kamera di sini. Namun yang ini lain dari yang lain kerana ia adalah sebuah mikroskop. Pernahkah anda melihat telefon pintar yang mempunyai fungsi mikroskop ? Tentu belum pernah bukan, begitu juga penulis. Saiznya yang kecil sememangnya boleh dibawa kemana-mana sahaja. Kalau anda seorang biologist atau mereka yang selalu terlibat dengan mikroskop, dengan kehadiran gajet ini anda bolehlah men'zoom' mana-mana objek atau tumbuhan yang anda inginkan sehingga 60x ganda. Kamera telefon yang biasa pun tidak mempunyai 'zoom' sebesar gajet ini. Apa yang anda perlukan hanyalah iPhone4 dengan gajet ini untuk memberikan kelainan dalam kehidupan anda. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED untuk membolehkan subjek anda kelihatan lebih jelas kerana kemungkinan besar iPhone anda akan melindungi subjek anda daripada mendapatkan cahaya yang secukupnya. Bagi yang berminat bolehlah mendapatkannya dengan harga £29.99 atau RM 146 di sini.


No comments:
Post a Comment