Tuesday, March 8, 2011

Keyboard Wireless Berkuasa Solar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Logitech Wireless Solar Keyboard K750 merupakan sebuah keyboard seperti namanya menggunakan kuasa solar. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu solar, solar ialah tenaga cahaya yang boleh diperoleh daripada sumber cahaya seperti matahari ataupun lampu kalimantang. Logitech melangkah kehadapan kerana keyboard ini tidak menggunakan bateri kerana ia bergantung sepenuhnya kepada tenaga solar. Dari segi rekaan, keyboard ini mempunyai ketebalan hanya 1/3 inci dan ia sememangnya nipis. Dari segi keselesaan, menurut pengguna yang menggunakannya dakwaan tersebut adalah benar kerana Logitech telah mereka setiap kekunci di keyboard itu untuk keselesaan yang maksima.

Bercakap mengenai tenaga solar ini, keyboard ini mampu bertahan selama 3 bulan tanpa perlu di cas jika ia telah dicas 100%. Apabila keyboard ini berada dalam keadaan yang bercahaya, ia akan mencas secara automatik. Bagi mereka yang gemarkan gajet wireless maka keyboard ini mungkin menarik perhatian anda ditambah lagi anda tidak perlu membeli bateri untuk membolehkan keyboard ini berfungsi. Hanya perlukan cahaya yang secukupnya, maka keyboard ini akan berfungsi.



2 panel solar membolehkan keyboard ini mendapatkan cahya semaksima mungkin


No comments:

Post a Comment