Wednesday, May 18, 2011

Samsung I9100 Galaxy S II:Superphone dari Samsung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....



Samsung I9100 Galaxy S II merupakan sebuah telefon pintar(smartphone) yang boleh dikategori dalam golongan 'superphone'. Ini kerana spefikasi yang terdapat dalam gajet ini semuanya adalah dari teknologi yang terbaru. Gajet ini merupakan penyambung kepada legasi Samsung Galaxy S. Berbanding dengan legasi sebelumnya, Galaxy S II adalah berbeza sama sekali dari segi semua aspek. Ia adalah 2 kali ganda lagi bagus daripada Galaxy S dan ia adalah lagi besar, laju dan lagi nipis. Ini menunjukkan bahawa Samsung meletakkan harapan tinggi terhadap gajet ini dalam persaingan telefon pintar yang menggunakan Android sebagai sistem operasinya.

Dengan berukuran 125.3 x 66.1 x 8.5mm dan beratnya yang cuma 116 gram dan menggunakan prosesor ARM Cortex A9 dua teras di atas chipset Orion yang telah di pertingkatkan sehingga 1.2 Ghz, ia menjadikan telefon keluaran Samsung yang paling 'advance'. Ia juga disokong dengan keupayaan memori RAM sehingga 1GB dan grafiknya yang lawa yang dijana daripada Mali-400MP GPU(graphics processing unit) telah cukup mengambarkan betapa mewahnya gajet ini dengan teknologi yang ia gunakan.

Sebelum ini, Samsung telah mengumumkan untuk mengeluarkan gajet ini dengan keupayaan prosesor 1 Ghz namun telah menukarnya kepada 1.2 Ghz. Ini adalah untuk mejadikan Galaxy S II lebih berdaya saing berbanding dengan telefon pintar lain yang bakal dikeluar seperti iPhone 4S.

Bagi mereka yang kaki drama khususnya drama Korea, anda tentu perasan dalam drama 'Lie To Me' hampir kesemua watak dalam drama berkenaan menggunakan Samsung Galaxy S II. Ini merupakan salah satu strategi untuk mempromosikan gajet ini di luar Korea kerana kita tahu bahawa drama Korea mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia.

Walaupun saiznya yang besar, ia sangat ergonomik dan mudah digunakan kerana saiznya yang nipis dan ringan. Dengan skrin yang bersaiz 4.3" inci dan menggunakan skrin kapastif Super AMOLED Plus disamping diperkuatkan dengan skrin sesentuhnya daripada 'Gorilla Glass'.

Sedikit pengetahuan mengenai 'Gorilla Glass', ia merupakan teknologi yang telah dibangunkan oleh Corning Inc. Ia tahan daripada segala macam jenis calar, tidak akan atau tidak mudah pecah, nipis selain mempunyai sifat seperti gelas yang lain iaitu lutsinar. Bagi mereka yang tidak sukakan 'casing' atau tidak suka menggunakan skrin pelindung dan seringkali telefon anda terlepas daripada gengaman anda, carilah telefon yang menggunakan 'Gorilla Glass'. Kekuatannya telah diperkukuhkan pada peringkat molekular dan jika anda memiliki MjĒ«llnir, penukul Thor, kemungkinan besar anda boleh merosakkan gelas ini.

Dengan resolusi 400x800 pixel, seolah-olah imej yang ada lihat keluar daripada gajet ini. Dengan kamera 8MP, ia mampu mengambil gambar sehingga resolusi 3264 x 2448 pixel dan mempunyai fungsi seperti 'geotagging',pengesan senyuman dan muka ,dan juga penstabilan imej. Kamera sekundernya yang terletak dihadapan memudahkan mereka yang ingin ber3G dengan sesiapa sahaja dengan menggunakan kamera 2MP.

Rakaman video dalam definisi tinggi adalah tidak mustahil dengan gajet ini kerana ia mampu merakam sehingga 1080p sehingga mampu menghasilkan rakaman yang jelas.

OS Android yang digunakan adalah Gingerbread(Android 2.3) dan menggunakan bateri 1650mAh Li-Ion yang mampu bertahan sehingga 6.5 jam untuk masa bercakap dan 350 jam ketika tidak digunakan. Harga untuk sebuah Galaxy X II ini belum lagi diumumkan khususnya di Malaysia. Bagi mereka yang meminati Android, telefon ini merupakan telefon idaman.


Menggunakan microUSB v2.0 dan boleh di sambung terus ke komputer
Butang 'Power' yang terletak di sebelah kanan
Kamera hadapan 2MP yang boleh digunakan untuk perbualan video
Walaupun nipis , ia masih memiliki sifat ergonomik
Pandangan Galaxy S II secara keseluruhan


Bateri yang di gunakan adalah 1650mAh Li-Ion
Speaker yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan
Perbandingan kenipisan antara Galaxy S dengan Galaxy S II
Beza saiz yang ketara antara Galaxy S degan Galaxy S II

Perbandingan antara iPhone 4, Galaxy S, dengan Galaxy S II

Dalam Drama Korea 'Lie To Me' hampir kesemua watak menggunakan Galaxy S II
Galaxy S II sebagai penaja rasmi untuk telefon dalam K-Drama 'Lie To Me'
Saiz sebenar Galaxy S II apabila di atas tangan pengguna


Sumber:gsmarena.com , junauza.com

No comments:

Post a Comment