Tuesday, May 10, 2011

Bloggie® Duo HD Camera : Untuk para Video Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....




Saiznya yang yang kecil sehingga boleh dimuatkan dalam poket selain mampu merakam video dalam format HD merupakan salah satu produk terbaru yang di keluarkan oleh Sony. Bagi mereka yang ingin mencari perakam kamera yang terbaru bolehlah menjadikan Bloggie Duo HD ini sebagai salah satu pilihan anda. Terdapat perkataan Duo dalam nama gajet ini. Duo disini membawa maksud bahawa gajet ini memiliki 2 skrin depan dan juga belakang untuk memudahkan anda untuk merakam dimana skrin 2.7 " sebagai skrin utama manakala skrin depan yang hanya bersaiz 2" untuk memudahkan anda merakam diri sendiri.


Kualiti HD yang dimaksudkan ialah 1980x1080p MP4 HD video. Bagi mereka yang mengemarkan rakaman HD, ini mungkin menjadi pilihan anda kerana ia juga menggunakan sensor Sony® Exmor™ CMOS untuk menghasil kualiti gambar dan video yang terbaik walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang. Dengan 5 MP CMOS sensor ,ia mampu mengambil video dalam format HD selama 2 jam kerana saiz memori dalamannya yang hanya bersaiz 4GB. Walaupun dengan saiz memori yang boleh dikatakan kecil dan tidak menyokong memori luaran, fungsinya yang mudah alih berserta kecil membolehkan pemiliknya meletaknya dalam poket dan mengeluarkannya dengan mudah dan terus merakam apa sahaja yang berlaku disekitar dengan serta merta.


Antara spesifikasi lain yang terdapat dalam gajet ini adalah ia hanya 139g ,berdimensi (55.0mm x 108.0mm x 18.4mm),mempunyai 'face detection', menggunakan teknologi 'SteadyShot® Image stabilization' untuk menghasilkan imej yang lebih jelas walaupun dalam keadaan yang bergerak, mempunyai sambungan HDMI dan juga USB untuk memudahkan pemindahan data ke komputer atau untuk paparan terus ke mana-mana TV dengan sambungan HDMI dan memiliki memori dalaman sebesar 4GB. Bagi yang berminat bolehlah mendapatkan dalam harga $170 atau RM 506.00.



Gajet ini boleh didapati dalam 4 warna yang berbeza iaitu Ungu,Hijau,Putih, dan juga Jambu

Bloggie® Duo HD Camera atau No modelnya:MHS-FS2/V


Saiznya yang sebesar tapak tangan dan ringan serta memiliki 2 skrin memudahkan merakam video di mana sahaja anda berada

No comments:

Post a Comment